Search
Laman Sosial
    Muhamad Kamarkasyidi

    Create Your Badge

     

Mesennger

     

Penaja

     

     

     

     


PostDateIcon

 

PostDateIcon

Kem Intensif Tahfiz Al-Quran Akhir Tahun 2009

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dikesempatan ini, saya ingin membantu pihak Quran Centre menghebahkan program tahunan yang akan diadakan pada akhir tahun 2009 ini. Program “Kem Intensif Tahfiz Al-Quran” akan diadakan bermula 05hb Disember Hingga 27hb Disember 2009 (23hari 22malam).

Tempat yang ditawarkan adalah terhad. Bagi sahabat-sahabat, pengunjung blog saya yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, sila layari http://www.QuranCentre.net atau klik sahaja banner diatas.

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate

oleh Zamri Nanyan

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu
cara termudah untuk menjana pendapatan pertama
anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu
mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan
program affiliate sudahpun menyediakan bahan
promosi yang anda boleh guna terus. Ini
semestinya menjadikan hidap anda mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk
dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila
anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di
dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri,
anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan
produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk
anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda,
anda mungkin akan gagal menjana sebarang
pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula
dengan mempromosikan produk orang lain dan
mendapat komisyen jualan daripada produk
tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk
mendapat wang pertama anda di internet. Selepas
anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda
untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada
masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk
mempromosikan produk anda (berdasarkan
pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman
menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit
tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat
di internet. Ini penting kerana anda mungkin
perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda
mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program
affiliate.

1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah
pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik
ke laman web yang diiklankan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda
ingin sertai, barulah anda mula menyusun
strategi untuk mempromosikan produk affiliate
tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk
mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk
program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk
anda menggunakan pemasaran email untuk
mendapatkan hasil yang optimum.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet
sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar
dalam mempromosikan produk affiliate tempatan
dan luar negara. Program “Pakar Affiliate”
beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran
berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan
internet
Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar
Affiliate” di http://www.PakarAffiliate.Kasyidi.com
sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran
berharga ini.

Alhamdulillah Anak Ke 2 Saya Selamat Dilahirkan

 

Salam For All.

Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog saya ni, bermula bulan Ramadhan yang lepas sampailah hari ni baru ada kesempatan untuk menulis disini.

Alhamdulillah, syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi. Pada 3hb November 2009, isteri saya telah selamat melahirkan anak ke 2 kami. Anak lelaki ke 2 kami berat 2.94 KG  & dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah.

Hari ini genap 10 hari usia anak kedua kami. Kami telah memberikan nama “Muhammad Kamar Khalilullah”. Semoga anakku Khalilullah menjadi anak yang soleh & orang yang mentaati agama kelak, Insya-Allah.

Muhammad Kamar Khalilullah juga merupakan cucu ke 2 bagi datuk & neneknya iaitu Hj. Kamarudin & Hjh. Wan Kursiah serta mertuaku En. Mohamad & Pn. Aminah. Terpancar kegembiraan datuk & neneknya serta bapa & ibu saudaranya apabila mendapat berita kelahiran Khalilullah.

Khalilullah dilahirkan lebih kurang 20 minit selepas saya tinggalkan isteri saya dari bilik bersalin untuk menunaikan Solat Maghrib di surau HUSM. Selepas solat maghrib saya bergegas ke Bilik bersalin tetapi jururawat tak membenarkan saya masuk kerana katanya isteri saya baru sahaja selamat melahirkan anak lelaki.

Alhamdulillah, walaupun saya tidak dapat menyambut kelahiran Khalilullah secara terus seperti abangnya Khusyairi tetapi Allah mempermudahkan kelahirannya. Terima kasih wahai Tuhanku kerana makbulkan doaku.

$100usd Sehari Kini Bukan Lagi Khayalan!! Jom Join Bersama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberikan rezeki. Saya sendiri terkejut & teruja apa bila melihat earning saya kelmarin yang mulakan gunakan Sistem Rahsia Speed Adsense pada jam 7 lebih semalam

Dalam Masa lebih kurang 4 Jam lebih… earning meningkat pada $98.10usd. Wow.

Terima kasih kepada team SA terutamanya Sifu Syed Ikhwan yang memberikan saya peluang untuk Test Drive Sistem yang amat berguna ini. Bagi sahabat2 yang berminat untuk menggunakan sistem ini, jom sama-sama kita pergi menuntut Ilmu pada seminar yang akan diadakan pada 8hb Ogos 2009 yg akan datang.

Peserta seminar akan dapat menggunakan sistem ini secara percuma!!! Selain daripada itu, 6 Orang Sifu yang telah berjaya dalam bidang Internet Marketing ini akan mencurahkan ilmu kepada kita. Percayalah, ianya amat berbaloi!!! Untuk maklumat lanjut tentang seminar sila KLIK DISINI atau Klik Banner diatas atau Layari http://www.speed.kasyidi.net

Kehebatan Speed Adsense Dalam Beberapa Jam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Kelmarin saya diberikan peluang untuk mencuba kehebatan Speed Adsense dari sifu Syed Ikhwan. Apa yang menakjubkan, dengan hanya beberapa jam sahaja sudah dapat menjana $25.24 usd dalam masa lebih kurang 3 jam sahaja.

Insya-Allah, mari sama-sama kita menuntut ilmu Speed Adsense ni di KL pada 8hb Ogos 2009 yang akan diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya. Bagi yang berminat untuk sama-sama belajat teknik ni..bolehlah mendaftarnya DISINI atau Klik Banner diatas. :)

Out Station di Kursus PBC Tok Bali

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Hari ini saya bertugas diluar kawasan di program seminar “Perkongsian Bijak Cemerlang” anjuran HPA yang diadakan di Sweet Beach Resort, Tok Bali Kelantan. Program ini kebiasaannya diadakan sebulan sekali di sini, ini merupakan kali ketiga saya bertugas dalam seminar ini & kali ke-dua di Tok Bali.

Sebelum ini pernah dibuat seminar seumpama ini di Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu. Masa saya agak terhad untuk online sejak menguruskan Pusat Jualan HPA Besut yang terletak di Kuala Besut. Bestnya out-station ni kebiasaannya tempat seminar ni ada Wi-Fi free, so dapatlah saya online sambil-sambil bertugas. :)

Insya-Allah, saya akan hadir menjadi peserta untuk Bengkel Wordpress yang akan diadakan di Jerteh, Besut Terengganu pada 1hb Ogos 2009 ini. Bagi yang berminat boleh mendaftar disini. Bagi yang berminat, saya akan berikan Diskaun/Rebet sebanyak RM40.00 untuk peserta yang mendaftar melalui saya. untuk mendapatkan diskaun anda daftar melalui link www.bengkel-wp.kasyidi.net & buat pembayaran hanya RM250 sahaja setelah diskaun RM40.00. Diskaun ini khas untuk peserta yang membuat tempahan melalui saya sahaja.

Sekian, jumpa lagi.

Nak Belajar Buat Web & Pemasaran Internet..? Jom Join Bengkel Wordpress di Pantai Timur!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Disini saya ingin memaklumkan satu Seminar “Bengkel Wordpress” yang akan disampaikan oleh 2 orang Sifu Internet marketing yang masyur akan diadakan di Pantai Timur iaitu di Besut Terengganu. Bengkel ini adalah yang pertama diadakan di Pantai Timur.

Tenaga pengajarnya terdiri daripada Sifu Catzer (Otai Wordpress & Internet Marketing) & Sifu Alang (Pro-Blogger pertama di Malaysia & Internet Marketer Sepenuh masa). Tempat adalah terhad untuk 17 orang peserta sahaja lagi. Anda akan mempelajari bagaimana untuk membina laman web melalui wordpress, bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang pasif melalui internet & teknik pemasaran internet yang berkesan untuk perniagaan & penjanaan INCOME melalui internet.

Bengkel akan diadakan pada :-

Tarikh: 1 Ogos 2009 (Sabtu)

 

Masa: 8.00 am – 6.00 pm

 

Speaker Jemputan: En. Samsul Zamzuri (Alang)

 

Lokasi: Medan Info Desa Kg. Tok Has ,Jerteh, Besut, Terengganu

 

Yuran: RM290 Beserta Makan Minum, Desktop Disediakan

Bagi yang berminat, saya ada tawaran istimewa untuk anda… saya berikan diskaun/rebet sebanyak RM40.00 bagi peserta yang mendaftar melalui saya dengan melalui link www.bengkel-wp.kasyidi.net

Jadi anda hanya perlu membayar sebanyak RM250.00 sahaja unutk menyertai Bengkel ini. Anda akan dapat Ilmu & bonus yang bernilai lebih RM1000.00 daripada Sifu Catzer & Sifu Alang.
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk mempelajari dengan pakar internet yang sudah terbukti keberkesanannya. Klik link diatas atau dibawah ini untuk mendaftar & membuat tempahan anda sekarang.

Personal Coaching F2R Bersama Sifu RinggitHit

Photobucket

Photobucket

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera.

agak lama saya tidak menulis disini kerana terlalu sibuk dengan tugasan yang diamanahkan pada saya sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, pada sabtu lepas (27hb Jun 2009) saya telah pergi mengadap Tok Guru F2R (Sifu Azam a.k.a RinggitHit) untuk mengambil Personal Coaching (PC) mengenai teknik jana Income melalui internet dengan menggunakan formula rahsianya iaitu F2R.

Saya bersama sahabat saya iaitu Saudara Abooain (Yg merupakan salah seorang Guru saya di internet) telah menuntut ilmu F2R ini bersama-sama di Sim Garden Cafe , Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan. Sesi PC ini bermula jam 12 tgh hari & berakhir lebih kurang jam 4 petang.

Read the rest of this entry »

Teknik Manipulasi Sistem Kewangan. Adakah Anda Ingin Menyimpan RM1000 Sebulan & Bebas Kewangan ?

Salam Sejahtera, Hari ini saya dapat satu artikel tentang teknik manipulasi sistem kewangan daripada sahabat saya, Saudara Mazlie. Ianya tentang teknik OD yang agak hangat diperkatakan sekarang.

Untuk mengetahui lanjut tentang teknik ini anda boleh dapatkan ebook yang sedang Panas sekarang ini dengan KLIK disini —-> PengurusanKewangan

Jualan ebook Teknik Manipulasi Kewangan ini akan ditamatkan selepas 31hb Mei 2009. Dapatkan Segera, Klik Banner diatas.

Sila Baca Artikel Dibawah untuk pemahaman lanjut tentang teknik ini :-

OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun
loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang
lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya.

Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman
yang di ’standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya
digunakan oleh pelanggan.

Ciri-ciri Over Draft (OD) :-

1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun
Semasa (Guna cek)

2. Selalunya memerlukan cagaran sama ada dalam bentuk
hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat
boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau
Amanah Saham Bumiputera (ASB).

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran
dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank
juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan
bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan
atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed
Deposit
sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama
nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan
baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda
akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda
letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000
kemudahan OD.

4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.

5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan
ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan
BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk
bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan
dalam bentuk :-

Nota :

Kadar faedah OD = BLR + 3
kalau BLR semasa ialah 12% maka
Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR
naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18%
(15% +3%)
Read the rest of this entry »

Kem Intensif Tahfiz Al-Quran 2009

 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Agak lama saya tak updated blog saya, kerana masa yang amat terhad & agak sibuk dgn tugasan harian serta kerja kebajikan masyarakat di tempat saya.

Di kesempatan ini, saya ingin membantu pihak Quran Centre tentang program musim cuti sekolah pertengahan tahun ini iaitu “KEM INTENSIF TAHFIZ AL-QURAN“. Klik Disini untuk maklumat lanjut atau layari www.QuranCentre.net.

Program ini akan berlangsung selama 13 Hari 12 Malam bermula 30hb Mei 2009.

Untuk maklumat lanjut sila ke web utama program di www.QuranCentre.net atau Klik Dibanner Diatas.

Iklaneka
Produk Terbaik

     

     

     

     

     

Live Traffic
Jom Borak Online