Archive for the ‘Umum’ Category
Personal Coaching YSM Dan Temujanji Dengan Sifu Jutawan Senyap
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Agak lama saya x update2 blog ini. Alhamdulillah, kelmarin saya dan beberapa orang sahabat telah menghadiri sesi Personal Coaching YSM bersama Sifu Abu Hanis di rumahnya yang terletak di Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan.
PC turut disertai bersama Sifu Abooain, Adalia dan Wan Azhar. Banyak tips dan teknik YSM yang telah didedahkan oleh Sifu Abu Hanis. Makanan yang disediakan pun memang amat menyelerakan. Sesi PC ini bermula jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tgh hari. Terima kasih banyak atas ilmu yang diberikan kepada saya Sifu Abu Hanis.

Pada sebelah petang selepas zohor, saya & keluarga ada temujanji sambil ziarah guru saya yang banyak membuka minda & fikiran saya terhadap bisnes. Sudah hampir 4 tahun saya tidak bertemu dengan beliau, kali terakhir saya bertemu semasa Seminar Jutawan Senyap yang di anjurkan oleh Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara ( ITKAU ) pada tahun 2006.
Alhamdulillah, dengan aturan & takdir daripada Allah SWT. Saya dapat berjumpa & menziarahi beliau bersama keluarga petang kelmarin di Kota Bharu. Beliau merupakan penulis best seller buku Menjejaki Jutawan Senyap , Petunjuk Jalan Kekayaan , Biar Kecil Asal Berhasil , OKB! Orang Kaya Bertakwa dan Aku Tak Nak Miskin !!. Beliau adalah Dato’ Dr. Hj Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li. Beliau juga merupakan pengasas Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara.
Terlalu asyik bersembang sampai terlupa nak snap barang sekeping dua gambar, so gambar diatas tu diambil semasa seminar jutawan senyap di Hotel Perdana tahun 2006 yang lepas.
Panduan & Teknik Menjana Pendapatan Melalui eBay
Rahsia bagaimana saya sahabat saya menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan dengan hanya bekerja 3-4 jam sehari di ebay!
Apa Kata Pemilik WangCyber.Com ?
“Sekarang untuk menjadi top rated dan powerseller tidak mustahil lagi”
Saiful, Tahniah!! eBayer Malaysia telah maju setapak dengan terhasilnya ebook ini.
“Salah satu cara untuk mendapatkan jualan yang konsisten di ebay adalah dengan menyenaraikan item secara pukal di ebay (1,000 item ke atas).
Tetapi, perkara ini sering menjadi masalah kepada ramai penjual ebay. Tidak ramai yang berkemampuan untuk menyenaraikan beribu-ribu item dalam masa 1 hari! Tetapi perkara itu sebenarnya tidak mustahil.. saudara saiful ada menunjukkan secara terperinci bagaimana anda boleh melakukannya menerusi ebook rempitebay ini!!.”
Sekarang untuk menjadi top rated dan powerseller tidak mustahil lagi.

Mohd Suhaimy
www.mohdsuhaimy.com
Dengan teknik penyenaraian pantas, anda dapat senaraikan 30,000 item dalam masa 1 bulan atau 1,000 – 5,000 item dalam dalam masa 1 jam sahaja
Kalau hanya 1% dari barangan yang anda senaraikan sahaja dibeli pun bermakna anda dapat menjual sehingga 300 item sebulan!
Sepertimana yang telah anda semua ketahui ebay mampu menjana pendapatan 5 angka walaupun anda hanya bekerja separuh masa di ebay. Ramai para IM Malaysia telah bergiat cergas di dalam perniagaan ebay ini. Tetapi tidak ramai yang menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh ebay sepenuhnya (fully utilize). Dengan ebook panduan advance ini saya yakin dapat membantu anda menjadi expert ebay seller.
Kini, untuk menjadi usahawan ebay berjaya anda tidak perlu mempunyai produk atau stok. Rempitebay.com ada caranya.
Pertama sekali ebook ini bukan untuk mat rempit atau berkaitan dengan lumba haram. Tetapi ebook ini adalah untuk semua orang yang inginkan kejayaan di ebay seterusnya menjadi expert ebay seller. Saya tidak akan mengajar teknik-teknik haram yang boleh menyebabkan akaun ebay anda disuspend.
|
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
Untuk Mengetahui Dengan Lebih Lanjut Teknik Hebat Ini. Sila Layari :-
http://www.Kasyidi.Biz/ebay
Atau
Klik DISINI / Banner Diatas atau Dibawah :-
Perjalanan Ke Alor Star Kedah
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT. Kerana dengan limpah & kurnianya kepada kita semua dapat lagi bersua didalam alam maya ini.
Bulan Januari 2010 menjadikan saya agak sibuk sedikit dengan urusan bisnes offline saya. Pada 29hb Januari (Jumaat) yang lepas saya berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Setelah bertolak pulang ke Besut pada hari Isnin, pada hari Rabu keesokkan harinya saya bertolak ke Alor Star, Kedah.
Ini merupakan perjalanan saya yang ke-2 ke negeri Kedah Darul Aman yang juga terkenal dengan nama “Negeri Jelapang Padi” selepas daripada perjalanan kali pertama ke negeri ini pada 14hb Januari yang lepas untuk menghadiri seminar HR Centre Semalaysia yang bertempat di Star City Hotel, Alor Star Kedah.
Insya-Allah, saya akan updatedkan gambar setelah semua urusan selesai kelak.
Wassalam.
Selamat Hari Lahir Ke 2 , Khusyairi

Khusyairi bersama Bapa Saudaranya, Ayah May memotong kek hari lahirnya

urm…sedapnya kek coklat ni………….

Khusyairi sedang bermain kereta bersama Ummi & adiknya, Khalilullah.
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya yang diberikan olehNya dapat lagi saya menulis di Blog ini. Ini merupakan posting pertama saya di tahun 2010.
Terlebih dahulu, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua para sahabat pengunjung blog saya ini. Semoga Allah merahmati & memberkati kita semua.
Selamat Hari Lahir kepada anak saya yang pertama, iaitu Muhammad Khusyairi Kamarudin Bin Muhamad Kamarkasyidi. Hari ini sudah genap 2 tahun usia anak saya. Insya-Allah, abah & ummi doakan kamu supaya cepat membesar & menjadi anak yang soleh. Khusyairi kelihatan begitu gembira hari ini. tak sabar-sabar dia hendak memotong kek hari lahir yang dibeli oleh abah & umminya.
pada 1 & 2 hari bulan januari lepas, saya, isteri, ibu & sahabat saya telah pergi ke Program Inkubator Usahawan HR di Marang. Insya-Allah, lepas ini saya akan menulis tentang program inkubator.
Majlis Bercukur @ Potong Jambul Khalilullah
Ustaz Hj Adam mendoakan Khalilullah sebelum bercukur & selawat

Ustaz Hj Adam sedang menyuapkan kurma,kismis & air zam zam kepada Khalilullah

Antara para sahabat & jemaah yang hadir ke majlis

Khusyairi sedang meriba adiknya , Khalilullah.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan kepada kita semua. Pada 21hb Disember 2009, saya & keluarga telah mengadakan majlis bercukur (potong jambul kata org luar) anak kedua saya iaitu ” Muhammad Kamar Khalilullah “. Majlis ringkas ini bermula selepas kuliah mahgrib & solat Isya’ dirumah saya. Alhamdulillah, Tuan Guru saya dapat meluangkan masa untuk mengetuai majlis pada malam itu. Majlis di ketuai oleh Tuan Guru saya yang juga merupakan pengasas / mudir Pusat Tarbiyah Nurul Iman , Kubang Ikan Besut Terengganu iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj. Adam Bin Said. Kehadiran para sahabat /jemaah lebih kurang 45 orang semuanya. Read the rest of this entry »
Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Dikesempatan ini, saya mengucapkan Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru Islam 1431 Hijrah pada semua sahabat-sahabat pengunjung blog saya ini.
Insya-Allah, semoga pada tahun 1431H ini , kita akan bertambah baik & bertambah kuat keimanan, ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T serta sama-sama kita berhijrah dari perkara-perkara yang negatif serta maksiat kepada perkara yang positif serta baik. Telah banyak perkara yang telah kita lalui pada tahun 1430H yang lepas, banyak perkara maksiat yang mungkin kita semua lakukan sama ada dalam sedar ataupun tidak. Semoga Allah S.W.T mengampun segala dosa-dosa kita yang telah berlalu & yang akan datang.
Alhamdulillah, sama-samalah kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kita nikmat umur sehingga kita dapat bertemu dengan tahun 1431H ini. Marilah kita bersyukur kepada Nya, kerana telah melimpahkan kita begitu banyak nikmat serta rahmat Nya kepada kita semua. Semoga kita semua dapat menjadi hambaNya yang Soleh, dapat meninggalkan segala maksiat serta larangannya dan menjadi hamba yang mentaati Nya dengan sepenuh jiwa & raga.
Sama-samalah kita berazam, membulatkan tekad & memohon kepada Allah S.W.T agar tahun ini kita semua akan bertambah baik dari segi amalan , ketaqwaan serta meninggalkan semua larangan & maksiat dan berubah manjadi Insan & hamba yang Soleh. Insya-Allah.
” Salam Maal Hijrah 1431 “
Kasyidi Dot Com Berwajah Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, saya telah mengupdatedkan wajah terkini “Kasyidi Dot Com”. Telah lama saya tempah theme Khas untuk blog saya ini dengan Designer WC Kodin. Baru hari ini saya gunakan setelah beberapa bulan siap di design oleh WC Kodin.
Insya-Allah, selepas pada ini saya akan lebih byk masa utk online & menjalankan perniagaan online secara part time. Alhamdulillah, hasil perniagaan susu kambing HiGoat saya agak memberangsangkan pada bulan lepas & saya bercadang untuk bergerak selangkah lagi dengan mengembangkan kedalam dunia cyber yang tanpa batasan ini.
Sekadar itu sahaja coretan saya pada kali ini, sehingga ketemu lagi. Wassalam.
Download 16 Produk Hebat Newbie Secara PERCUMA!!!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ada satu peluang yang agak baik untuk anda, dapatkan 16 Produk yang hebat dari team “Rahsia Gempak Newbie” secara PERCUMA!!!
Bagi sahabat-sahabat pengunjung blog saya yang berminat…bolehlah dapatkannya melalui banner diatas atau dibawah tulisan saya ini.
Terima kasih.
P/S: maaf, agak sibuk sehari dua ni..nanti saya akan menulis & updated lagi.
Khalilullah Sudah Berusia 1 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sudah sebulan berlalu..pejam celik, pejam celik… dah mencecah 1 bulan usia anak kedua saya ” Muhammad Kamar Khalilullah “. Saya baru rasakan mcm 2-3 hari lepas je anak saya di lahirkan, tetapi masa berlalu tanpa kita sedari.
2-3 hari semasa baru dilahirkan, Khalilullah nampak macam kena demam Kuning. Maklumlah lahir pada musim bah & hujan…orang kata biasalah kalau kena demam kuning. Makcik Nurse & Kakak Nurse datang kerumah untuk lihat rekod kesihatan isteri dan anak saya. Katanya kena bawak pegi klinik..anak kena kuning ni. Tapi kebetulan saya sibuk, saya tangguhkan dulu untuk bawah Khalilullah ke klinik.
Dalam masa yang sama, saya berikan Khalilullah minum “Susu Kambing”. Kebetulan pula saya sendiri merupakan pengedar & stokis produk “Susu Kambing” HiGoat. Orang tua-tua kata, kalau demam kuning, susu kambing amatlah mujarab. ( Lepas ni kalau ada sesape nak susu kambing boleh contact saya..
) Alhamdulillah, habis 4 Sachet sahaja minum susu kambing tu dalam 2 hari. Demam kuning anak saya beransur sembuh dengan izin Allah SWT. Berkatnya minuman para Nabi & Rasul iaitu Susu Kambing.
Banyak khasiat susu kambing yang ramai orang tak tahu, selain dari itu, susu kambing juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Setakat inilah sahaja coretan saya pada petang ini, sambil-sambil siapkan Assignment untuk dihantar pada malam ini. Wassalam.
P/S: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Susu Kambing atau menjadi pengedar..boleh hubungi saya. ![]()
Usahawan Internet – Raja Kamil
Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.
Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.
Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.
Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti
2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update



























