Archive for the ‘Umum’ Category
Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum WBT.
Agak lama saya tidak update blog saya ini, kerana dek kekangan masa tak sempat nak update.
Dikesempatan ini, saya sekeluarga mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak & selamat menjalani ibadah Puasa kepada semua pembaca, sahabat-sahabat & yang mengenali diri ini.
Insya-Allah… semoga Ramadhan kali ini memberikan kita peluang untuk terus meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan berazam untuk berjaya dengan mendapat keberkatan, keredhaan & kerahmatan daripada Allah SWT.
Pernah dengar cerita ‘ mindset ‘ 4 minit ?
Sekitar tahun 1950-an para doktor percaya bahawa tidak mungkin manusia yang boleh membuat larian 4 minit-sebatu. Satu artikel yang disiarkan dalam jurnal perubatan Amerika yang mengatakan bahawa jika seorang manusia memaksa badannya ke suatu tahap sehingga 4 minit-sebatu, jantung beliau akan meletup!
Walaubagaimanapun, pada 6 Mei 1954 bertempat di Oxford University, satu kejutan berlaku dalam industri sukan dunia apabila Roger Gilbert Bannister, seorang pelajar berusia 25 tahun jurusan kedoktoran di England berjaya membuat larian kurang dari 4 minit-sebatu! iaitu 3 minit 59:4 sat. Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Pada tahun berikutnya, seramai 37 pelari lain pula memecahkan rekod larian 4 minit-sebatu, dan tahun berikutnya lagi, lebih daripada 200 pelari melakukannya!
Apa sebenarnya berlaku? Sebenarnya Inilah peranan ‘mindset’. Bannister lakukan apa yang seolah-olah mustahil ia boleh dilakukan, dan ramai berkata “Hei, kalau dia boleh lakukan, aku pun boleh juga!”. Ungkapan mereka telah berubah! Mereka telah menukar ‘mindset’ yang ada dalam dirinya.
Lihat sekarang… segalanya telah berubah. “Malaysia Boleh!” pernah menjadi ‘tagline’ pemimpin kita suatu ketika dulu. Ingatkah lagi tahun 1990 dengan lagu ‘Fikirkan Boleh’ yang menjadi siulan anak muda di Malaysia? Cuba kita sama-sama fikirkan kenapa ianya berlaku? Read the rest of this entry »
Produk Susu Kambing HiGoat tiruan dirampas

Seorang pegawai KPDNKK merampas produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT dari sebuah premis di Seremban Jaya, semalam.
SEREMBAN 28 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak menyerbu sebuah premis di Seremban Jaya di sini hari ini kerana disyaki menjual produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT.
Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan turut disertai oleh wakil syarikat HR Marketing Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar produk kesihatan tersebut.
Menurut wakil pengadu, Mohd. Al Bakhtiar Ahmad, dalam serbuan tersebut, sebanyak 40 kotak HIGOAT yang dipercayai tiruan dirampas.
Katanya, serbuan berkenaan dijalankan selepas syarikatnya mengesan ada pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk tiruan terbabit.
”Ketika serbuan dilakukan pemilik premis berkenaan mendakwa dia tidak tahu bahawa produk itu adalah tiruan kerana dia mendapatkan bekalan daripada pengedar lain.
”Apabila diperiksa kita dapati produk yang terdapat di premisnya adalah tiruan dan kesemua produk berkenaan dirampas,”jelasnya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini. Read the rest of this entry »
Rahsia Di Sebalik Code Of Life 7711
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, pada kali ini saya copy & pastekan tulisan Dato’ Chef Li di blog saya ini. Ramai yang bertanyakan saya.. Apakah itu “Amalan Keogehan” ? Bagaimana ia berfungsi..? Dan siapakah yang memerlukan Amalan Kesogehan ini…?
Insya-Allah diharap dengan saya letakkan tulisan Dato’ yang saya petik dari Blog Beliau sendiri.. mgkin para sahabat pengunjung akan mengetahui dengan lebih mendalam.. Rahsia di sebalik Code Of Life 7711.
Saya akan berada di Shah Alam pada 27hb September 2010 (Isnin) untuk menyertai Seminar Jutawan Senyap dengan hanya Yuran RM10.00 yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Dato’ Chef Li sendiri.. Jom Bersama-sama saya disana & bolehlah kita berjumpa secara life.. Daftar tempat anda sekarang di www.AmalanKesogehan.com
Akhir kata selamat membaca artikel Rahsia Code Of Life 7711 tulisan oleh Dato’ Dr Rusly Abdullah.
Oleh:- Dato’ Dr Haji Rusly Abdullah.
Alhamdulillah pada bulan ini (Ogos) selesailah saya menjelajah seluruh semenanjung untuk mengisi seminar Amalan Kesogehan. Seminar pertama bermula di Kota Bharu dan yang terakhir di Ipoh, Perak. Sambutannya adalah diluar jangkaan saya sendiri di mana hampir di semua venue melebihi sasaran kehadiran.
Mempertimbangkan kepada peruntukan kos iklan media cetak yang kecil dan langsung tiada promosi melalui media elektronik seperti radio dan TV sambutan yang diterima bolehlah dianggap luar biasa.
Ramai juga yang menyangka kami mempunyai agen promosi dan wakil pemasaran di seluruh negara – jawabnya TIDAK ADA. Hanya selepas Hari raya nanti insyaAllah akan ada beberapa individu yang telah dipilih untuk menjadi perunding Amalan Kesogehan yang dipanggil PENATA yang akan membantu menerangkan tentang Gagasan Ekonomi Amalan Kesogehan di wilayah masing masing.
Melalui seminar tersebut, saya berpeluang berinteraksi secara lebih dekat dengan segenap lapisan umat Islam Malaysia. Ada golongan profesional seperti Peguam, Doktor, Arkitek, Engineer (Ir), Quantity Surveyor, ada Guru, Ustaz, Pensyarah, Profesor, Pegawai Kerajaan, ada penulis lirik, pencipta lagu, pengarah filem, ada peniaga kecil, ada kontraktor, ada pengilang, ada peneroka, polis, tentera dan pengawal keselamatan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur saya panjat ke hadrat Allah SWT. Kerana dengan limpah & kurnianya dapat saya menulis sekali lagi didalam blog saya ini & menghabiskan ibadah puasa di Bulan Ramadhan tahun ini.
Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita semua sebentar tadi, Insya-Allah sekarang sudah masuk pada Bulan Syawal.
Dikesempatan ini, saya & keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat-sahabat pengunjung blog ini & laman facebook & twitter saya.
Insya-Allah pada 27hb September 2010 ini saya akan berada di Seminar Jutawan Senyap Bersama Dato’ Chef Li di Shah Alam. Bagi sahabat-sahabat yang berminat untuk menyertai seminar ini bolehlah membuat pendaftaran di www.JutawanSenyap.net atau www.AmalanKesogehan.com .
Yuran penyertaan seminar “Jutawan Senyap” ini hanya RM10.00 sahaja. Insya-Allah, harap dapat berjumpa dengan anda bersama-sama dengan mentor/sifu saya iaitu Dato’ Dr Hj. Rusly Abdullah.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.
Salam Ramadhan & Seminar Jutawan Senyap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kenikmatan hidup kepada kita semua. Pada 6hb hingga 8hb Ogos yang lepas satu Taklim Akbar pertama telah berjalan dengan lancarnya bertempat di Markaz Pusat Pesantren Darul Tijary & Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Program ini merupakan program yang pertama diadakan di Malaysia untuk gagasan Amalan Kesogehan (AK) yang dipimpin oleh Yg Bhg Dato’ Dr. Haji Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dato’ Chef Li.
Amalan Kesogehan (AK) adalah merupakan satu modul & Code Of Life melalui Kod 7711. Bagi saya, setiap usahawan muslim tidak mengira dalam bidang keusahawanan mana pun memerlukan AK ini sebagai satu Code & mengambil AK ini sebagai satu modul keusahawanan yang lengkap bagi umat Islam. Sejarah Amalan Kesogehan (AK) ini bermula di tanah jawa & diasaskan oleh para Wali Sembilan (Wali Songo) serta menjadi amalan para Kiyai (Ulama’) di tanah jawa.
Insya-Allah, bagi sahabat-sahabat pengunjung blog saya ini sekiranya ingin memahami dengan lebih lanjut tentang Amalan Kesogehan ini, sila baca buku Tulisan Dato’ Chef Li yang bertajuk “Menjejaki Jutawan Senyap” , “Petunjuk Jalan Kekayaan” & “Rahsia Kekayaan Dari Bogor” dalam format ebook. Sahabat-sahabat boleh terus hubungi saya untuk menghadiri Seminar Jutawan Senyap yang akan diadakan di seluruh Malaysia selepas ini & di sampaikan kepada anda oleh Dato’ Dr Hj. Rusly Abdullah sendiri. Hubungi saya di talian 019-9042888 atau 012-9592758.
Seminar Jutawan Senyap yang terdekat dalam bulan Ramadhan ini akan diadakan pada 29hb Ogos 2010 di Shah Alam, Selangor bertempat di Dewan Seminar Restoran Pak Su Corner , No. 2-1-1 Suria Avenue Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, Shah Alam. Apa yang menarik buat pertama kalinya seminar ini diadakan sejak tahun 2005 dengan yuran RM250.00 sahaja, Tetapi untuk pusingan kali ini yuran penyertaan hanya RM10.00 Sahaja…. Ya RM10.00 sahaja!!! jadi hubungi saya segera untuk menempah tempat anda!!! Tempat adalah amat terhad!!
Insya-Allah dikesempatan ini masih belum terlewat saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa & menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua sahabat2 yang mengunjungi blog saya ini. Jom ramai-ramai kita hadir ke Seminar Jutawan Senyap di Shah Alam pada 29hb Ogos ini, Hubungi saya untuk menempah tempat anda sekarang!! Yuran RM10.00 Sahaja !!!!! Salam Ramadhan.
Kuliah Amalan Kesogehan Wilayah Kelantan @ Kota Bharu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya dapat kita semua meneruskan kehidupan kita semua.
Pada hari ini bermula Kuliah Amalan Kesogehan (AK) Tahap 3 bersama Dato’ Chef Li di Negeri Kelantan. Kuliah dijalankan selama 2 hari bertempat di Hotel Raudah , Kota Bharu Kelantan. Kuliah AK tahap 1 & 2 telah dijalankan pada bulan lepas juga ditempat yang sama. Pada minggu lepas saya telah mengikuti bersama-sama Dato’ Chef Li ke Alor Star, Kedah & Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk seminar Jutawan Senyap + Amalan Kesogehan yang dijalankan selama 1 hari.
Gambar saya bersama Dato’ Chef Li diatas saya rakamkan semasa di Kuliah AK tahap 1 & 2 di Kuala Lumpur yang bertempat di Adamson Hotel.
Alhamdulillah, seminar AK ini telah berjalan hampir separuh Malaysia. Seminar Jutawan Senyap + AK ini dijalankan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Melalui seminar ini juga, saya dapat kenal dengan lebih ramai rakan-rakan yang menjadi peserta seminar.
Program Seminar AK merupakan satu program bagi membina diri & membangunkan diri sendiri dengan kaedah Amalan Kesogehan (AK). Ramai yang bertanya saya, apakah itu Amalan Kesogehan ? Amalan Kesogehan ini merupakan satu Amalan turun temurun dari zaman Kerajaan Islam Demak & Mataram di tanah Jawa semasa zaman Wali Songo (Wali Sembilan) lagi. ia merupakan warisan para Kiyai / Ulama’ yang berjuang membangunkan Islam. Read the rest of this entry »
Lawatan Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Ke Kelantan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya dapat saya menulis lagi di blog kesayangan saya ini. Agak jarang saya mengupdate blog sejak kebelakangan ini kerana agak sibuk dengan kerja dan bisnes.
Alhamdulillah, pada hari kelmarin saya berada di Kota Bharu, Kelantan. Saya ada bersama-sama dengan para peserta kursus “Amalan Kesogehan” yang di anjurkan & di ketuai oleh guru mentor jutawan saya iaitu Dato’ Dr Haji Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dato’ Chef Li bertempat di Hotel Raudhah, Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan.
Amalan Kesogehan merupakan satu program eksklusif bagi membina usahawan & kerjaya yang amat diperlukan oleh semua Umat Islam terutamanya di Malaysia ini. Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang Amalan Kesogehan ini, Insya-Allah bolehlah hubungi saya.
SEJARAH HEBAT YANG TERLEPAS PANDANG
Oleh : Dato’ Dr Rusly Abdullah (Dato’ Chef Li)

Bilakah kali pertama anda mendengar dan menyebut ungkapan ‘MOTIVASI’.
Istilah motivasi adalah kata terjemahan dari motivation yang bermakna dorongan semangat ke arah pencapaian cemerlang. Kalau menurut pemerhatian saya, penggunaan istilah motivasi ini bermula di era 80an bersama dengan kemunculan ikon-ikon motivasi era 80an. Namun motivasi adalah satu fenomena ‘Self Development’ dari Barat. Dan motivasi barat ini bersandar sepenuhnya kepada keilmuan barat terutamanya ilmu psikologinya. Namun apabila ilmu mereka tidak mampu menyokong teori-teori motivasi yang mereka cetuskan mereka mulai tercari-cari sumber lain sehingga memungut serpihan batu-batu berukir kota Babylon contohnya buku ‘The Richest Man In Babylon’. Mereka terus juga menggali ilmu-ilmu dari kitab purba Sanskrit, Samurai Jepun dan China Purba.
Motivasi barat itu, sehingga ini berjaya menarik tumpuan manusia kearah barat apabila mereka mahu mencari ilmu motivasi atau ilmu kekayaan. Termasuklah kebanyakan orang Islam di daerah kita ini, termasuklah kita semua ini. Lalu kita menjadi pengkagum dan pemuja ikon motivasi seperti Robert T Kiyoshaki, Donald Trump, Edward De Bono dll.
Akhirnya, kita semua terlepas pandang tentang ilmu motivasi atau ilmu kekayaan yang ada di rantau kita sendiri. Betapa banyak khazanah ilmu bernilai itu terpendam dalam artifak purba yang mana sebahagiannya dipendam dengan sengaja oleh para penjajah barat seperti Inggeris dan Belanda.
Hakikatnya, ramai di kalangan kita umat Islam tidak begitu mengetahui sejarah perkembangan dan kegemilangan Islam di Nusantara. Bermula dari terdirinya kerajaan Islam di Pasai, Perlak, Acheh hinggalah berdirinya kerajaan Islam Demak di bawah pemerintahan Sultan Agung Raden Fatah. Era kegemilangan dakwah Islamiah Walisongo dan kehebatan empayar Islam Mataram. Sampailah perjuangan kemerdekaan Diponegoro. Semua sejarah penting ini tidak diketahui oleh kebanyakan dari orang Islam Nusantara masakini terutamanya generasi muda. Kenapa terjadi begitu? Itu terjadi dari satu konspirasi terancang para penjajah barat. Catatan penting itu telah dengan sengaja dihilangkan dari teks dan dokumen sejarah rakyat oleh para penjajah dan penjarah Inggeris, Belanda dan Sepanyol.

















