Archive for February, 2011
Pernah dengar cerita ‘ mindset ‘ 4 minit ?
Sekitar tahun 1950-an para doktor percaya bahawa tidak mungkin manusia yang boleh membuat larian 4 minit-sebatu. Satu artikel yang disiarkan dalam jurnal perubatan Amerika yang mengatakan bahawa jika seorang manusia memaksa badannya ke suatu tahap sehingga 4 minit-sebatu, jantung beliau akan meletup!
Walaubagaimanapun, pada 6 Mei 1954 bertempat di Oxford University, satu kejutan berlaku dalam industri sukan dunia apabila Roger Gilbert Bannister, seorang pelajar berusia 25 tahun jurusan kedoktoran di England berjaya membuat larian kurang dari 4 minit-sebatu! iaitu 3 minit 59:4 sat. Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Pada tahun berikutnya, seramai 37 pelari lain pula memecahkan rekod larian 4 minit-sebatu, dan tahun berikutnya lagi, lebih daripada 200 pelari melakukannya!
Apa sebenarnya berlaku? Sebenarnya Inilah peranan ‘mindset’. Bannister lakukan apa yang seolah-olah mustahil ia boleh dilakukan, dan ramai berkata “Hei, kalau dia boleh lakukan, aku pun boleh juga!”. Ungkapan mereka telah berubah! Mereka telah menukar ‘mindset’ yang ada dalam dirinya.
Lihat sekarang… segalanya telah berubah. “Malaysia Boleh!” pernah menjadi ‘tagline’ pemimpin kita suatu ketika dulu. Ingatkah lagi tahun 1990 dengan lagu ‘Fikirkan Boleh’ yang menjadi siulan anak muda di Malaysia? Cuba kita sama-sama fikirkan kenapa ianya berlaku? Read the rest of this entry »















