Archive for August, 2010
Salam Ramadhan & Seminar Jutawan Senyap

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kenikmatan hidup kepada kita semua. Pada 6hb hingga 8hb Ogos yang lepas satu Taklim Akbar pertama telah berjalan dengan lancarnya bertempat di Markaz Pusat Pesantren Darul Tijary & Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Program ini merupakan program yang pertama diadakan di Malaysia untuk gagasan Amalan Kesogehan (AK) yang dipimpin oleh Yg Bhg Dato’ Dr. Haji Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dato’ Chef Li.
Amalan Kesogehan (AK) adalah merupakan satu modul & Code Of Life melalui Kod 7711. Bagi saya, setiap usahawan muslim tidak mengira dalam bidang keusahawanan mana pun memerlukan AK ini sebagai satu Code & mengambil AK ini sebagai satu modul keusahawanan yang lengkap bagi umat Islam. Sejarah Amalan Kesogehan (AK) ini bermula di tanah jawa & diasaskan oleh para Wali Sembilan (Wali Songo) serta menjadi amalan para Kiyai (Ulama’) di tanah jawa.
Insya-Allah, bagi sahabat-sahabat pengunjung blog saya ini sekiranya ingin memahami dengan lebih lanjut tentang Amalan Kesogehan ini, sila baca buku Tulisan Dato’ Chef Li yang bertajuk “Menjejaki Jutawan Senyap” , “Petunjuk Jalan Kekayaan” & “Rahsia Kekayaan Dari Bogor” dalam format ebook. Sahabat-sahabat boleh terus hubungi saya untuk menghadiri Seminar Jutawan Senyap yang akan diadakan di seluruh Malaysia selepas ini & di sampaikan kepada anda oleh Dato’ Dr Hj. Rusly Abdullah sendiri. Hubungi saya di talian 019-9042888 atau 012-9592758.
Seminar Jutawan Senyap yang terdekat dalam bulan Ramadhan ini akan diadakan pada 29hb Ogos 2010 di Shah Alam, Selangor bertempat di Dewan Seminar Restoran Pak Su Corner , No. 2-1-1 Suria Avenue Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, Shah Alam. Apa yang menarik buat pertama kalinya seminar ini diadakan sejak tahun 2005 dengan yuran RM250.00 sahaja, Tetapi untuk pusingan kali ini yuran penyertaan hanya RM10.00 Sahaja…. Ya RM10.00 sahaja!!! jadi hubungi saya segera untuk menempah tempat anda!!! Tempat adalah amat terhad!!
Insya-Allah dikesempatan ini masih belum terlewat saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa & menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua sahabat2 yang mengunjungi blog saya ini. Jom ramai-ramai kita hadir ke Seminar Jutawan Senyap di Shah Alam pada 29hb Ogos ini, Hubungi saya untuk menempah tempat anda sekarang!! Yuran RM10.00 Sahaja !!!!! Salam Ramadhan.















