Kuliah Amalan Kesogehan Wilayah Kelantan @ Kota Bharu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya dapat kita semua meneruskan kehidupan kita semua.
Pada hari ini bermula Kuliah Amalan Kesogehan (AK) Tahap 3 bersama Dato’ Chef Li di Negeri Kelantan. Kuliah dijalankan selama 2 hari bertempat di Hotel Raudah , Kota Bharu Kelantan. Kuliah AK tahap 1 & 2 telah dijalankan pada bulan lepas juga ditempat yang sama. Pada minggu lepas saya telah mengikuti bersama-sama Dato’ Chef Li ke Alor Star, Kedah & Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk seminar Jutawan Senyap + Amalan Kesogehan yang dijalankan selama 1 hari.
Gambar saya bersama Dato’ Chef Li diatas saya rakamkan semasa di Kuliah AK tahap 1 & 2 di Kuala Lumpur yang bertempat di Adamson Hotel.
Alhamdulillah, seminar AK ini telah berjalan hampir separuh Malaysia. Seminar Jutawan Senyap + AK ini dijalankan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Melalui seminar ini juga, saya dapat kenal dengan lebih ramai rakan-rakan yang menjadi peserta seminar.
Program Seminar AK merupakan satu program bagi membina diri & membangunkan diri sendiri dengan kaedah Amalan Kesogehan (AK). Ramai yang bertanya saya, apakah itu Amalan Kesogehan ? Amalan Kesogehan ini merupakan satu Amalan turun temurun dari zaman Kerajaan Islam Demak & Mataram di tanah Jawa semasa zaman Wali Songo (Wali Sembilan) lagi. ia merupakan warisan para Kiyai / Ulama’ yang berjuang membangunkan Islam.
Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya sarankan sahabat-sahabat membaca buku “Petunjuk Jalan Kekayaan”, “Menjejaki Jutawan Senyap” & “Rahsia Kekayaan Dari Bogor” tulisan Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah (Dato’ Chef Li). Kemudian selepas membaca & rasa ingin mengetahui & turut serta dengan program Amalan Kesogehan ini, bolehlah menghubungi saya untuk maklumat lanjut. boleh call saya ditalian 013-9863132 / 012-9592758 atau email saya
Sekian sahaja tulisan saya kali ini, jumpa pada tulisan yang akan datang.








































yang mana satu datuk ni.
2 2 ada gaya macam datuk hah.
Dato’ yang sebelah kiri..saya kat sebelah kanan.
Betul, dua-dua ada gaya datuk,
yang sebelah kanan itu namanya Prof Dato’ Dr. Hj Kasyidi (10 tahun lagi..) Ehem…
Tidak salah memasang impian besar kan tuan…?
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard Work Smart & Creative”
Assalamalaikum