Archive for July, 2010
Kuliah Amalan Kesogehan Wilayah Kelantan @ Kota Bharu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya dapat kita semua meneruskan kehidupan kita semua.
Pada hari ini bermula Kuliah Amalan Kesogehan (AK) Tahap 3 bersama Dato’ Chef Li di Negeri Kelantan. Kuliah dijalankan selama 2 hari bertempat di Hotel Raudah , Kota Bharu Kelantan. Kuliah AK tahap 1 & 2 telah dijalankan pada bulan lepas juga ditempat yang sama. Pada minggu lepas saya telah mengikuti bersama-sama Dato’ Chef Li ke Alor Star, Kedah & Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk seminar Jutawan Senyap + Amalan Kesogehan yang dijalankan selama 1 hari.
Gambar saya bersama Dato’ Chef Li diatas saya rakamkan semasa di Kuliah AK tahap 1 & 2 di Kuala Lumpur yang bertempat di Adamson Hotel.
Alhamdulillah, seminar AK ini telah berjalan hampir separuh Malaysia. Seminar Jutawan Senyap + AK ini dijalankan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Melalui seminar ini juga, saya dapat kenal dengan lebih ramai rakan-rakan yang menjadi peserta seminar.
Program Seminar AK merupakan satu program bagi membina diri & membangunkan diri sendiri dengan kaedah Amalan Kesogehan (AK). Ramai yang bertanya saya, apakah itu Amalan Kesogehan ? Amalan Kesogehan ini merupakan satu Amalan turun temurun dari zaman Kerajaan Islam Demak & Mataram di tanah Jawa semasa zaman Wali Songo (Wali Sembilan) lagi. ia merupakan warisan para Kiyai / Ulama’ yang berjuang membangunkan Islam. Read the rest of this entry »















