SEJARAH HEBAT YANG TERLEPAS PANDANG
Oleh : Dato’ Dr Rusly Abdullah (Dato’ Chef Li)

Bilakah kali pertama anda mendengar dan menyebut ungkapan ‘MOTIVASI’.
Istilah motivasi adalah kata terjemahan dari motivation yang bermakna dorongan semangat ke arah pencapaian cemerlang. Kalau menurut pemerhatian saya, penggunaan istilah motivasi ini bermula di era 80an bersama dengan kemunculan ikon-ikon motivasi era 80an. Namun motivasi adalah satu fenomena ‘Self Development’ dari Barat. Dan motivasi barat ini bersandar sepenuhnya kepada keilmuan barat terutamanya ilmu psikologinya. Namun apabila ilmu mereka tidak mampu menyokong teori-teori motivasi yang mereka cetuskan mereka mulai tercari-cari sumber lain sehingga memungut serpihan batu-batu berukir kota Babylon contohnya buku ‘The Richest Man In Babylon’. Mereka terus juga menggali ilmu-ilmu dari kitab purba Sanskrit, Samurai Jepun dan China Purba.
Motivasi barat itu, sehingga ini berjaya menarik tumpuan manusia kearah barat apabila mereka mahu mencari ilmu motivasi atau ilmu kekayaan. Termasuklah kebanyakan orang Islam di daerah kita ini, termasuklah kita semua ini. Lalu kita menjadi pengkagum dan pemuja ikon motivasi seperti Robert T Kiyoshaki, Donald Trump, Edward De Bono dll.
Akhirnya, kita semua terlepas pandang tentang ilmu motivasi atau ilmu kekayaan yang ada di rantau kita sendiri. Betapa banyak khazanah ilmu bernilai itu terpendam dalam artifak purba yang mana sebahagiannya dipendam dengan sengaja oleh para penjajah barat seperti Inggeris dan Belanda.
Hakikatnya, ramai di kalangan kita umat Islam tidak begitu mengetahui sejarah perkembangan dan kegemilangan Islam di Nusantara. Bermula dari terdirinya kerajaan Islam di Pasai, Perlak, Acheh hinggalah berdirinya kerajaan Islam Demak di bawah pemerintahan Sultan Agung Raden Fatah. Era kegemilangan dakwah Islamiah Walisongo dan kehebatan empayar Islam Mataram. Sampailah perjuangan kemerdekaan Diponegoro. Semua sejarah penting ini tidak diketahui oleh kebanyakan dari orang Islam Nusantara masakini terutamanya generasi muda. Kenapa terjadi begitu? Itu terjadi dari satu konspirasi terancang para penjajah barat. Catatan penting itu telah dengan sengaja dihilangkan dari teks dan dokumen sejarah rakyat oleh para penjajah dan penjarah Inggeris, Belanda dan Sepanyol.
Walaupun dari segi politik ketiga-tiga penjajah itu kononnya berlainan dan bermusuhan. Namun hakikatnya, mereka mempunyai misi dan visi yang sama iaitu menjajah dan menjarah wilayah Islam di Nusantara dan seterusnya mengeksploitasi segala hasil dan mahsulnya dari galian dan rempah ratusnya dan cuba membaptiskan penduduknya yang sememangnya telah mempunyai agama yang suci iaitu Islam sebagai satu kelanjutan dari Perang Salib di Palestin dan Eropah.
Akhirnya sejarah agung itu menjadi misteri yang tertimbus di bawah keangkuhan Borobudur. Kini, candi itu lebih ramai dikunjungi oleh orang Islam berbanding Masjid Agung Demak sendiri. Apa yang menyedihkan sekarang seolah-olah orang Islam sendiri meremehkan sejarah agamanya di Nusantara.
Apa yang harus kita perbetulkan ialah, tanggapan seolah-olah sejarah Islam Demak hanyalah sejarah orang Jawa. Ia tiada kena mengena dengan kita di Malaysia, Singapura dan Brunei. Pada hal Sultan Agung Raden Fatah dua kali mengirimkan angkatan perang menyerang Portugis di Melaka dibawah pimpinan putranya sendiri Adi Pati Yunus sehingga mati syahid di Melaka. Kemangkatannya di Melaka menyebabkan Adi Pati Yunus mendapat gelaran Pangeran Sabrang Lor. Kenapakah Demak sanggup dating dari jauh menyerang Portugis di Melaka? Ini adalah lahir dari keprihatinan Sultan Agung Raden Fatah yang tidak rela negeri serumpun dan seagamanya dijajah oleh bangsa Kafir (Kaum Nasara Portugis).
Kita juga tidak mahu adanya tanggapan seolah-olah sejarah Walisongo hanyalah satu episod dari epik sejarah Tanah Jawa kuno. Seolah-olah hanya layak berada dalam hikayat wayang kulit Jawa. Kita juga tidak mahu sejarah perjuangan Diponegoro pula tidak lebih dari sejarah perjuangan seorang anak raja Jawa menuntut kemerdekaan dari penjajah Belanda. Langsung tiada signifikasi kepada gelombang penentangan terhadap penjajah di seluruh Nusantara.
Memang itulah tanggapan atau persepsi yang ingin di pupuk oleh penjajah dan para orientalis yang pro-mereka. Supaya tidak wujud hubungan fizikal mahupun spiritual antara seluruh umat Islam Nusantara. Sebaliknya Nusantara dipecah perintah hingga terbena sempadan atau garis pemisah politik. Maka terpisahlah Bentan dan Riau dari Johor yang dahulunya di bawah satu empayar. Gelaran Darul Takzim ertinya negeri besar kerana empayar Johor merangkumi seluruh kepulauan Bentan hinggalah seluruh Riau. Hingga terbentuk bahasa Johor Riau yang menjadi asas Bahasa Persuratan Malaysia dan Indonesia. Namun atas kosnpirasi Inggeris dan Belanda Johor dan Riau terpisah menjadi dua Negara yang berlainan hinggalah sekarang.
Penjajah Inggeris, Belanda dan Sepanyol tidak mahu silaturahmi dan persaudaraan yang kuat antara umat Islam seantero Nusantara. Bila itu terjadi, maka tidak akan wujudlah penyatuan yang akan memungkinkan gerakan jihad fisabilillah secara gabungan seluruh wilayah Islam nusantara.
Walhal, sebelum kedatangan Belanda lagi, umat Islam telah berhubungan dengan akrab sesama sendiri. Dari Aceh, Pasai, Perlak, Melaka, Demak, Mataram, Kemboja (Champa), Pattani-Sanggora hinggalah Aminullah (Manila), Sulu (Mindanao/Sabah), Sulawesi dan Makassar. Kedatangan penjajah memulakan pemisahan wilayah mengikut sempadan Negara-politik dan mengapi-apikan pemimpin wilayah kecil bangkit memberontak melawan kerajaan pusat sebagai contohnya era penghujung kerajaan Islam Mataram. Para penjajah itu amat takut apabila umat Islam dari seluruh wilayah itu bersatu semula dan berjihad, maka tamatlah riwayat Inggeris, Belanda dan Sepanyol dari bumi Nusantara.
Kita juga tidak pernah mengkaji, apakah cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada zaman tersebut hingga menjadikan mereka hebat dan luar biasa. Terutamanya era Sultan Agung, era Walisongo dan era Diponegoro di mana ujudnya persatuan yang erat di antara golongan ulama’ (Sunan, Wali dan Kiyai) dengan golongan umara’ seperti Sultan, Senopati, Adipati dan Bupati. Kesatuan antara Ulama’ dan Umara’ menjadikan bidang-bidang kehidupan zaman mereka begitu hebat dan cemerlang iaitu;
- Bidang politik (Mereka mempunyai pengaruh dalam mengangkat atau menurunkan Sultan dari takhtanya). Mereka menguasai dan menjadi pemerintah angkatan tentera.
- Bidang Bisnes dan Perdagangan – mereka mengusai pertanian dan perdagangan domestic, antara wilayah dan antara bangsa.
- Bidang agama dan pendidikan – mereka mendirikan pesantren dan masjid.
- Bidang Kesenian dan Kebudayaan
Sejarah perkembangan dan perjuangan Islam walau di mana sekalipun berlakunya, baik di Tanah Jawa, di Melaka, Aceh, Pattani atau Kemboja adalah milik kita bersama. Warisan yang amat bernilai yang patut kita hargai dan dipertahankan.
Mereka para Sunan, wali dan kiyai telah menjadi ‘Towering Personality’ terawal dalam komuniti Melayu yang patut menjadi ikutan dan suri-tauladan kepada kita generasi kemudian.
Mereka hebat kerana kecemerlangan mereka dalam 2S, iaitu:
- Kehebatan sahsiah
- Kehebatan siasah di mana,
Mereka semua mempunyai ketinggian akhlak dan peribadi, pada masa yang sama mempunyai kebijaksanaan siasah. Mereka adalah ahli abid yang tawadhu dan bertaqwa dan pada masa yang sama mempunyai siasah (pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan) yang tinggi seperti berikut;
- seorang pendakwah yang cekal dan giat
- seorang pemimpin yang bijak dan adil
- seorang pentadbir yang cekap dan efisien
- seorang pahlawan yang gagah berani
- seorang ahli musik yang baik – Sunan Bonang
- seorang ahli seni budaya yang trampil – Sunan Kalijaga
- seorang pedagang yang pintar Sunan Muria dan Sunan Kudus
- jurubina yang bagus – mencipta sistem saliran persawahan, membina masjid dan membina kubu dan benteng pertahanan.
- Ahli logam dan pertukangan kayu yang mahir lagi trampil.
- Ahli pelayaran yang cekap
- Tabib yang pintar sehingga mampu mendepani dan menangani dukun santet yang penyihir.
Maka sebagai satu usaha kecil dari saya yang dhaif dan kerdil ini, saya kompilasi sejarah kerajaan Islam Demak dan Mataram, Sejarah Walisongo dan Sejarah perjuangan Diponegoro yang saya petik dari artikel-artikel sejarah guna untuk mempermudahkan anda mendapat bacaan rengkas berkaitan dengan sejawar Islam Nusantara terutama yang berpusat di Tanah Jawa.
Ada juga soalan yang diajukan kepada saya, “Kenapa sejarah Tanah Jawa? Dan kenapa Amalan Kesogehan ini adalah berasal usul Jawa?”.
Amalan Kesogehan hanyalah satu option atau satu pilihan? Dalam ikhtiar kita mencari model untuk asas kebangkitan semula Islam. Model paling dekat dan jelas bagi saya adalah ketiga-tiga era tersebut. Di mana era kerja sama erat di antara ulama’ dan umara’ begitu jelas dan terbukti kesannya.
Saya suka membuat analogi begini;
- Allah SWT memerintahkan kita untuk memakan makanan yang Halallan dan thoyyiban. Tapi adakah ditetapkan menu dan resepinya. Terpulang kepada kita, memilih menu, memilih resepi dan memasaknya. Apa yang penting ianya halal dan baik.
- Rasulullah SAW menyarankan agar kita menceburi perniagaan – Hadis Baginda “9 dari 10 pintu-pintu kekayaan terdapat dalam perniagaan” (Riwayat Tarmizi) adakah Rasulullah menetapkan bidangnya?
Apabila kita sudah ada kekuatan sahsiah yang bertunjangkan rukun Iman dan Rukun Islam maka dengan sendirinya siasah kita akan menuju Allah SWT dan RasulNya.
Sekali lagi saya menegaskan bahawa Amalan Kesogehan hanyalah sebagai satu manualalternative atau option. Ianya berupa satu modul yang boleh kita jadikan asas melatih dan membina modal insan masakini.
Memang kita sering mendengar solusi yang dicadangkan oleh kebanyakan seminar, forum atau symposium yang membahaskan tentang kelangsungan Islam masakini dan masa depan ialah…..
“Kita mestilah kembali kepada Allah dan RasulNya…..jika tidak kemelut dan gejala kemunduran dan keruntuhan moral yang melanda ummah tidak akan selesai’.
Benar kita hanya ada satu jalan penyelesaian yakni kembali kepada Allah dan RasulNya. Namun, kita memerlukan model dan modul. Ini adalah zaman di mana manusia tidak boleh lagi digerakkan dengan seruan-seruan retorik dan melankolik.
Salahkah kita mencontohi manual (Amalan) yang telah dipraktikkan dan dibuktikan oleh sejarah kecemerlangan Islam dari wilayah geografi kita sendiri. Dari tokoh-tokoh yang yang serumpun, sebahasa, se agama dan sebudaya dengan kita? Jika mereka telah membuktikannya maka kita akan berasa lebih yakin untuk mengulanginya.
Amalan Kesogehan adalah satu manual (Tuntunan Hidup) tersusun yang kita akan berikan kepada mereka yang mahu dengan ikhlas. Bukti keikhlasan mereka ialah mereka mahu berbai’ah dengan saya sebagai penganjur Amalan Kesogehan di Malaysia.
sumber dari: Blog Dato’ Chef Li







































