Search
Laman Sosial
    Muhamad Kamarkasyidi

    Create Your Badge

     

Mesennger

     

Penaja

     

     

     

     


PostDateIcon

 

PostDateIcon

 

PostDateIcon

Archive for May, 2010

Seminar Jutawan Senyap Plus Amalan Kesogehan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hari ni diberikan saya sedikit keizinan masa untuk saya menulis di Blog kesayangan saya ini. Kebelakangan ini agak sibuk sedikit dengan program & kerjaya saya.

Alhamdulillah, saya diberi tugas oleh CEO Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) & Ole Ole Barokah Sdn Bhd untuk menguruskan laman web Amalan Kesogehan. Terima kasih atas kepercayaan Yg Bhg. Dato’ Dr Haji Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dato’ Chef Li oleh kebanyakan masyarakat.

Saya pernah belajar & berkhidmat di Kolej ITKAU pada tahun 2004 yang lepas. Alhamdulillah, disitulah saya mula termotivasi untuk terjun dalam bidang keusahawanan. Kebetulan pula buku motivasi pertama Dato’ Chef Li yang bertajuk “Menjejaki Jutawan Senyap” baru sahaja dilancarkan & saya antara terawal mendapatkannya kebetulan pula pada masa itu Dato’ Chef Li memberikan hadiah kepada saya.

Pada minggu depan, bermula pada 5hb Jun 2010 seminar Jutawan Senyap akan diteruskan lagi di Shah Alam , kemudian diikuti dengan di Kuala Terengganu pada 11hb Jun dan di Kuantan pada 12hb Jun 2010. Insya-Allah, bagi yang berminat untuk menyertai “Seminar Jutawan Senyap + Amalan Kesogehan” bolehlah melayari www.AmalSogeh.com/seminar dan bolehlah kita bersua muka di seminar tersebut. (Insya-Allah, saya akan mengikutinya seluruh Malaysia kelak)

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Seminar ini pertama kali dijalankan secara PERCUMA!! Sebelum ini, seminar sedemikian dikenakan yuran sebanyak RM250.00 untuk seorang peserta. Tetapi pada kali ini, Dato’ Chef Li memberikan kepada anda secara PERCUMA!! Hanya memerlukan Komitmen Fee sebanyak RM50.00 sahaja untuk menampung kos urusetia & dewan.

Insya-Allah, saya rasa setakat ini sahaja coretan saya buat kali ini. Sampai ketemu lagi dilain masa. Semoga Kita semua dirahmati & diberkati Allah SWT.

Wassalam.

P/S: Berminat dengan seminar Jutawan Senyap…? layari www.AmalanKesogehan.com atau www.JutawanSenyap.net

SEJARAH HEBAT YANG TERLEPAS PANDANG

Oleh : Dato’ Dr Rusly Abdullah (Dato’ Chef Li)

Bilakah kali pertama anda mendengar dan menyebut ungkapan ‘MOTIVASI’.

Istilah motivasi adalah kata terjemahan dari motivation yang bermakna dorongan semangat ke arah pencapaian cemerlang. Kalau menurut pemerhatian saya, penggunaan istilah motivasi ini bermula di era 80an bersama dengan kemunculan ikon-ikon motivasi era 80an. Namun motivasi adalah satu fenomena ‘Self Development’ dari Barat.  Dan motivasi barat ini bersandar sepenuhnya kepada keilmuan barat terutamanya ilmu psikologinya. Namun apabila ilmu mereka tidak mampu menyokong teori-teori motivasi yang mereka cetuskan mereka mulai tercari-cari sumber lain sehingga memungut serpihan batu-batu berukir kota Babylon contohnya buku ‘The Richest Man In Babylon’. Mereka terus juga menggali ilmu-ilmu dari kitab purba Sanskrit, Samurai Jepun dan China Purba.

Motivasi barat itu, sehingga ini berjaya menarik tumpuan manusia kearah barat apabila mereka mahu mencari ilmu motivasi atau ilmu kekayaan. Termasuklah kebanyakan orang Islam di daerah kita ini, termasuklah kita semua ini. Lalu kita menjadi pengkagum dan pemuja ikon motivasi seperti Robert T Kiyoshaki, Donald Trump, Edward De Bono dll.

Akhirnya, kita semua terlepas pandang tentang ilmu motivasi atau ilmu kekayaan yang ada di rantau kita sendiri. Betapa banyak khazanah ilmu bernilai itu terpendam dalam artifak purba yang mana sebahagiannya dipendam dengan sengaja oleh para penjajah barat seperti Inggeris dan Belanda.

Hakikatnya, ramai di kalangan kita umat Islam tidak begitu mengetahui sejarah perkembangan dan  kegemilangan Islam di Nusantara. Bermula dari terdirinya kerajaan Islam di Pasai, Perlak, Acheh hinggalah berdirinya kerajaan Islam Demak di bawah pemerintahan Sultan Agung Raden Fatah. Era kegemilangan dakwah Islamiah Walisongo dan kehebatan empayar Islam Mataram. Sampailah perjuangan kemerdekaan Diponegoro. Semua sejarah penting ini tidak diketahui oleh kebanyakan dari orang Islam Nusantara masakini terutamanya generasi muda. Kenapa terjadi begitu? Itu terjadi dari satu konspirasi terancang para penjajah barat. Catatan penting itu telah dengan sengaja dihilangkan dari teks dan dokumen sejarah rakyat oleh para penjajah dan penjarah Inggeris, Belanda dan Sepanyol.

Read the rest of this entry »

Iklaneka
Produk Terbaik

     

     

     

     

     

Live Traffic
Jom Borak Online