Selamat Hari Lahir Ke 2 , Khusyairi

Khusyairi bersama Bapa Saudaranya, Ayah May memotong kek hari lahirnya

urm…sedapnya kek coklat ni………….

Khusyairi sedang bermain kereta bersama Ummi & adiknya, Khalilullah.
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya yang diberikan olehNya dapat lagi saya menulis di Blog ini. Ini merupakan posting pertama saya di tahun 2010.
Terlebih dahulu, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua para sahabat pengunjung blog saya ini. Semoga Allah merahmati & memberkati kita semua.
Selamat Hari Lahir kepada anak saya yang pertama, iaitu Muhammad Khusyairi Kamarudin Bin Muhamad Kamarkasyidi. Hari ini sudah genap 2 tahun usia anak saya. Insya-Allah, abah & ummi doakan kamu supaya cepat membesar & menjadi anak yang soleh. Khusyairi kelihatan begitu gembira hari ini. tak sabar-sabar dia hendak memotong kek hari lahir yang dibeli oleh abah & umminya.
pada 1 & 2 hari bulan januari lepas, saya, isteri, ibu & sahabat saya telah pergi ke Program Inkubator Usahawan HR di Marang. Insya-Allah, lepas ini saya akan menulis tentang program inkubator.






































