Archive for January, 2010
Program Inkubator Usahawan HR Kali Pertama
Bersama Pimpinan Leader HR. Dari Kiri DD Amruz Suhairi, DD Ust. Nadzaruddin, DD Ust. Omar Ja’afar dan Saya.
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Kerana dengan limpah & kurnianya, sama-sama kita terus dapat mengecapi nikmat yang diberikan oleh Nya dari sejak kita semua dilahirkan sehinggalah kini. Allahuakbar.
Pada 1hb & 2hb Januari yang lepas, saya sekeluarga bersama bonda & sahabat rakan niaga offline saya telah menghadiri satu program seminar selama 2 hari 1 malam di Semarak Aruni Inn, Pantai Kelulut, Marang Terengganu. Seminar ini diberi nama “Program Inkubator Usahawan HR” yang telah dianjurkan oleh para usahawan HR Terengganu (Group Ustaz Nadzaruddin). Program ini merupakan julung kali diadakan di Malaysia. Negeri Terengganu merupakan yang pertama dijalan program ini.
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Saya & group bertolak dari rumah (Besut Terengganu) lebih kurang jam 11.45 pagi & sampai ke destinasi lebih kurang jam 2.15 petang. Program ini bermula jam 2.30 petang dengan sesi pendaftaran. Lebih kurang 30 orang peserta Inkubator hadir dari seluruh negeri Terengganu.
Program ini dibawa secara terus oleh 3 orang pemimpin hebat didalam HR Marketing Sdn Bhd yang juga merupakan didalam rangkaian yang sama dengan saya. Antara yang memimpin program ini ialah Diamond Director (DD) Ustaz Omar Ja’afar (Jutawan Sulung HR), DD Amruz Suhairi Abd Majid (Presiden Kelab Pemimpin HR Malaysia) dan DD Ustaz Muhammad Nadzaruddin.
Pengisian program yang menarik, jelas & mantap amat menarik minat semua peserta inkubator. Program pada hari pertama selesai pada jam 2.30 pagi.. tanpa kami rasa mengantuk. Melalui pendedahan Inkubator, saya dapat melihat dengan lebih jelas peluang untuk menjana pendapatan melalui Multi Level Marketing (MLM) dengan melalui syarikat HR Marketing Sdn Bhd.
Insya-Allah, saya disini ingin mengajak semua para sahabat pengunjung yang ingin menjana pendapatan melalui HR bersama-sama saya & Group HiGooD2u sama ada secara sepenuh masa atau part time amat lah di alu-alukan & boleh hubungi saya segera. Insya-Allah, Group HiGooD2u menyediakan kaedah yang manarik untuk semua rakan niaga didalam rangkaian kami. Dalam masa terdekat ini, semua ahli didalam rangkaian HiGooD2u boleh mengembangkan network melalui online kerana kami menyediakan laman web dengan sistem MLM Autodownline Spill Over untuk semua rakan niaga didalam rangkaian kami. Anda boleh melakukan perniagaan secara Online atau pun Offline.
Nantikan perkembangan seterusnya, Selamat Maju Jaya.
Selamat Hari Lahir Ke 2 , Khusyairi

Khusyairi bersama Bapa Saudaranya, Ayah May memotong kek hari lahirnya

urm…sedapnya kek coklat ni………….

Khusyairi sedang bermain kereta bersama Ummi & adiknya, Khalilullah.
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya yang diberikan olehNya dapat lagi saya menulis di Blog ini. Ini merupakan posting pertama saya di tahun 2010.
Terlebih dahulu, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua para sahabat pengunjung blog saya ini. Semoga Allah merahmati & memberkati kita semua.
Selamat Hari Lahir kepada anak saya yang pertama, iaitu Muhammad Khusyairi Kamarudin Bin Muhamad Kamarkasyidi. Hari ini sudah genap 2 tahun usia anak saya. Insya-Allah, abah & ummi doakan kamu supaya cepat membesar & menjadi anak yang soleh. Khusyairi kelihatan begitu gembira hari ini. tak sabar-sabar dia hendak memotong kek hari lahir yang dibeli oleh abah & umminya.
pada 1 & 2 hari bulan januari lepas, saya, isteri, ibu & sahabat saya telah pergi ke Program Inkubator Usahawan HR di Marang. Insya-Allah, lepas ini saya akan menulis tentang program inkubator.














