Majlis Bercukur @ Potong Jambul Khalilullah
Ustaz Hj Adam mendoakan Khalilullah sebelum bercukur & selawat

Ustaz Hj Adam sedang menyuapkan kurma,kismis & air zam zam kepada Khalilullah

Antara para sahabat & jemaah yang hadir ke majlis

Khusyairi sedang meriba adiknya , Khalilullah.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan kepada kita semua. Pada 21hb Disember 2009, saya & keluarga telah mengadakan majlis bercukur (potong jambul kata org luar) anak kedua saya iaitu ” Muhammad Kamar Khalilullah “. Majlis ringkas ini bermula selepas kuliah mahgrib & solat Isya’ dirumah saya. Alhamdulillah, Tuan Guru saya dapat meluangkan masa untuk mengetuai majlis pada malam itu. Majlis di ketuai oleh Tuan Guru saya yang juga merupakan pengasas / mudir Pusat Tarbiyah Nurul Iman , Kubang Ikan Besut Terengganu iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj. Adam Bin Said. Kehadiran para sahabat /jemaah lebih kurang 45 orang semuanya.
Majlis dimulakan dengan solat hajat yang imamkan oleh Ustaz Hj Adam , kemudian disusuli dengan Tahlil serta doa selamat. Selepas Tahlil, majlis diteruskan dengan “Belah Mulut” atau menyuapkan buah kurma, kismis & air zam zam kepada anak saya Khalilullah serta bercukur (potong jambul). Setelah selesai bercukur, majlis ditutup dengan berselawat beramai-ramai & bacaan doa.
Terima kasih saya ucapkan kepada para sahabat handai & jemaah kerana sudi hadir ke majlis bercukur ini. Insya-Allah, semoga anak ku menjadi anak yang soleh, penyejuk mata & hati ayah ibu serta insan yang cemerlang,gemilang & terbilang (tetapi tidak temberang :p ) untuk Agama. Insya-Allah.
Sekadar itu sahaja tulisan saya kali ini, sehingga ketemu lagi. Wassalam.





































