Search
Laman Sosial
    Muhamad Kamarkasyidi

    Create Your Badge

     

Mesennger

     

Penaja

     

     

     

     


PostDateIcon

 

PostDateIcon

Archive for December, 2009

Majlis Bercukur @ Potong Jambul Khalilullah

21122009011Ustaz Hj Adam mendoakan Khalilullah sebelum bercukur & selawat

21122009012

Ustaz Hj Adam sedang menyuapkan kurma,kismis & air zam zam kepada Khalilullah

21122009014

Antara para sahabat & jemaah yang hadir ke majlis

Khusyairi sedang meriba adiknya , Khalilullah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan kepada kita semua. Pada 21hb Disember 2009, saya & keluarga telah mengadakan majlis bercukur (potong jambul kata org luar) anak kedua saya iaitu ” Muhammad Kamar Khalilullah “. Majlis ringkas ini bermula selepas kuliah mahgrib & solat Isya’ dirumah saya. Alhamdulillah, Tuan Guru saya dapat meluangkan masa untuk mengetuai majlis pada malam itu. Majlis di ketuai oleh Tuan Guru saya yang juga merupakan pengasas / mudir Pusat Tarbiyah Nurul Iman , Kubang Ikan Besut Terengganu iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj. Adam Bin Said. Kehadiran para sahabat /jemaah lebih kurang 45 orang semuanya. Read the rest of this entry »

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru Islam 1431 Hijrah pada semua sahabat-sahabat pengunjung blog saya ini.

Insya-Allah, semoga pada tahun 1431H ini , kita akan bertambah baik & bertambah kuat keimanan, ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T serta sama-sama kita berhijrah dari perkara-perkara yang negatif serta maksiat kepada perkara yang positif serta baik. Telah banyak perkara yang telah kita lalui pada tahun 1430H yang lepas, banyak perkara maksiat yang mungkin kita semua lakukan sama ada dalam sedar ataupun tidak. Semoga Allah S.W.T mengampun segala dosa-dosa kita yang telah berlalu & yang akan datang.

Alhamdulillah, sama-samalah kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kita nikmat umur sehingga kita dapat bertemu dengan tahun 1431H ini. Marilah kita bersyukur kepada Nya, kerana telah melimpahkan kita begitu banyak nikmat serta rahmat Nya kepada kita semua. Semoga kita semua dapat menjadi hambaNya yang Soleh, dapat meninggalkan segala maksiat serta larangannya dan menjadi hamba yang mentaati Nya dengan sepenuh jiwa & raga.

Sama-samalah kita berazam, membulatkan tekad & memohon kepada Allah S.W.T agar tahun ini kita semua akan bertambah baik dari segi amalan , ketaqwaan serta meninggalkan semua larangan & maksiat dan berubah manjadi Insan & hamba yang Soleh. Insya-Allah.

” Salam Maal Hijrah 1431 “

Kasyidi Dot Com Berwajah Baru

12122009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya telah mengupdatedkan wajah terkini “Kasyidi Dot Com”. Telah lama saya tempah theme Khas untuk blog saya ini dengan Designer WC Kodin. Baru hari ini saya gunakan setelah beberapa bulan siap di design oleh WC Kodin.

Insya-Allah, selepas pada ini saya akan lebih byk masa utk online & menjalankan perniagaan online secara part time. Alhamdulillah, hasil perniagaan susu kambing HiGoat saya agak memberangsangkan pada bulan lepas & saya bercadang untuk bergerak selangkah lagi dengan mengembangkan kedalam dunia cyber yang tanpa batasan ini.

Sekadar itu sahaja coretan saya pada kali ini, sehingga ketemu lagi. Wassalam.

Download 16 Produk Hebat Newbie Secara PERCUMA!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ada satu peluang yang agak baik untuk anda, dapatkan 16 Produk yang hebat dari team “Rahsia Gempak Newbie” secara PERCUMA!!!

Bagi sahabat-sahabat pengunjung blog saya yang berminat…bolehlah dapatkannya melalui banner diatas atau dibawah tulisan saya ini.

Terima kasih.

P/S: maaf, agak sibuk sehari dua ni..nanti saya akan menulis & updated lagi. :)

Khalilullah Sudah Berusia 1 Bulan

DSC00681

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sudah sebulan berlalu..pejam celik, pejam celik… dah mencecah 1 bulan usia anak kedua saya ” Muhammad Kamar Khalilullah “. Saya baru rasakan mcm 2-3 hari lepas je anak saya di lahirkan, tetapi masa berlalu tanpa kita sedari.

2-3 hari semasa baru dilahirkan, Khalilullah nampak macam kena demam Kuning. Maklumlah lahir pada musim bah & hujan…orang kata biasalah kalau kena demam kuning. Makcik Nurse & Kakak Nurse datang kerumah untuk lihat rekod kesihatan isteri dan anak saya. Katanya kena bawak pegi klinik..anak kena kuning ni. Tapi kebetulan saya sibuk, saya tangguhkan dulu untuk bawah Khalilullah ke klinik.

Dalam masa yang sama, saya berikan Khalilullah minum “Susu Kambing”. Kebetulan pula saya sendiri merupakan pengedar & stokis produk “Susu Kambing” HiGoat. Orang tua-tua kata, kalau demam kuning, susu kambing amatlah mujarab. ( Lepas ni kalau ada sesape nak susu kambing boleh contact saya.. :D ) Alhamdulillah, habis 4 Sachet sahaja minum susu kambing tu dalam 2 hari. Demam kuning anak saya beransur sembuh dengan izin Allah SWT. Berkatnya minuman para Nabi & Rasul iaitu Susu Kambing.

Banyak khasiat susu kambing yang ramai orang tak tahu, selain dari itu, susu kambing juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Setakat inilah sahaja coretan saya pada petang ini, sambil-sambil siapkan Assignment untuk dihantar pada malam ini. Wassalam.

P/S: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Susu Kambing atau menjadi pengedar..boleh hubungi saya. :)

Iklaneka
Produk Terbaik

     

     

     

     

     

Live Traffic
Jom Borak Online