Alhamdulillah Anak Ke 2 Saya Selamat Dilahirkan

Salam For All.
Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog saya ni, bermula bulan Ramadhan yang lepas sampailah hari ni baru ada kesempatan untuk menulis disini.
Alhamdulillah, syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi. Pada 3hb November 2009, isteri saya telah selamat melahirkan anak ke 2 kami. Anak lelaki ke 2 kami berat 2.94 KG & dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah.
Hari ini genap 10 hari usia anak kedua kami. Kami telah memberikan nama “Muhammad Kamar Khalilullah”. Semoga anakku Khalilullah menjadi anak yang soleh & orang yang mentaati agama kelak, Insya-Allah.
Muhammad Kamar Khalilullah juga merupakan cucu ke 2 bagi datuk & neneknya iaitu Hj. Kamarudin & Hjh. Wan Kursiah serta mertuaku En. Mohamad & Pn. Aminah. Terpancar kegembiraan datuk & neneknya serta bapa & ibu saudaranya apabila mendapat berita kelahiran Khalilullah.
Khalilullah dilahirkan lebih kurang 20 minit selepas saya tinggalkan isteri saya dari bilik bersalin untuk menunaikan Solat Maghrib di surau HUSM. Selepas solat maghrib saya bergegas ke Bilik bersalin tetapi jururawat tak membenarkan saya masuk kerana katanya isteri saya baru sahaja selamat melahirkan anak lelaki.
Alhamdulillah, walaupun saya tidak dapat menyambut kelahiran Khalilullah secara terus seperti abangnya Khusyairi tetapi Allah mempermudahkan kelahirannya. Terima kasih wahai Tuhanku kerana makbulkan doaku.






































