Search
Laman Sosial
    Muhamad Kamarkasyidi

    Create Your Badge

     

Mesennger

     

Penaja

     

     

     

     


PostDateIcon

 

PostDateIcon

Archive for November, 2009

Usahawan Internet – Raja Kamil

Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.
Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti
2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

Kem Intensif Tahfiz Al-Quran Akhir Tahun 2009

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dikesempatan ini, saya ingin membantu pihak Quran Centre menghebahkan program tahunan yang akan diadakan pada akhir tahun 2009 ini. Program “Kem Intensif Tahfiz Al-Quran” akan diadakan bermula 05hb Disember Hingga 27hb Disember 2009 (23hari 22malam).

Tempat yang ditawarkan adalah terhad. Bagi sahabat-sahabat, pengunjung blog saya yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, sila layari http://www.QuranCentre.net atau klik sahaja banner diatas.

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate

oleh Zamri Nanyan

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu
cara termudah untuk menjana pendapatan pertama
anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu
mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan
program affiliate sudahpun menyediakan bahan
promosi yang anda boleh guna terus. Ini
semestinya menjadikan hidap anda mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk
dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila
anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di
dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri,
anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan
produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk
anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda,
anda mungkin akan gagal menjana sebarang
pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula
dengan mempromosikan produk orang lain dan
mendapat komisyen jualan daripada produk
tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk
mendapat wang pertama anda di internet. Selepas
anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda
untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada
masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk
mempromosikan produk anda (berdasarkan
pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman
menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit
tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat
di internet. Ini penting kerana anda mungkin
perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda
mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program
affiliate.

1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah
pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik
ke laman web yang diiklankan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda
ingin sertai, barulah anda mula menyusun
strategi untuk mempromosikan produk affiliate
tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk
mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk
program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk
anda menggunakan pemasaran email untuk
mendapatkan hasil yang optimum.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet
sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar
dalam mempromosikan produk affiliate tempatan
dan luar negara. Program “Pakar Affiliate”
beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran
berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan
internet
Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar
Affiliate” di http://www.PakarAffiliate.Kasyidi.com
sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran
berharga ini.

Alhamdulillah Anak Ke 2 Saya Selamat Dilahirkan

 

Salam For All.

Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog saya ni, bermula bulan Ramadhan yang lepas sampailah hari ni baru ada kesempatan untuk menulis disini.

Alhamdulillah, syukurku panjatkan ke hadrat Ilahi. Pada 3hb November 2009, isteri saya telah selamat melahirkan anak ke 2 kami. Anak lelaki ke 2 kami berat 2.94 KG  & dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah.

Hari ini genap 10 hari usia anak kedua kami. Kami telah memberikan nama “Muhammad Kamar Khalilullah”. Semoga anakku Khalilullah menjadi anak yang soleh & orang yang mentaati agama kelak, Insya-Allah.

Muhammad Kamar Khalilullah juga merupakan cucu ke 2 bagi datuk & neneknya iaitu Hj. Kamarudin & Hjh. Wan Kursiah serta mertuaku En. Mohamad & Pn. Aminah. Terpancar kegembiraan datuk & neneknya serta bapa & ibu saudaranya apabila mendapat berita kelahiran Khalilullah.

Khalilullah dilahirkan lebih kurang 20 minit selepas saya tinggalkan isteri saya dari bilik bersalin untuk menunaikan Solat Maghrib di surau HUSM. Selepas solat maghrib saya bergegas ke Bilik bersalin tetapi jururawat tak membenarkan saya masuk kerana katanya isteri saya baru sahaja selamat melahirkan anak lelaki.

Alhamdulillah, walaupun saya tidak dapat menyambut kelahiran Khalilullah secara terus seperti abangnya Khusyairi tetapi Allah mempermudahkan kelahirannya. Terima kasih wahai Tuhanku kerana makbulkan doaku.

Iklaneka
Produk Terbaik

     

     

     

     

     

Live Traffic
Jom Borak Online