Out Station di Kursus PBC Tok Bali


Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Hari ini saya bertugas diluar kawasan di program seminar “Perkongsian Bijak Cemerlang” anjuran HPA yang diadakan di Sweet Beach Resort, Tok Bali Kelantan. Program ini kebiasaannya diadakan sebulan sekali di sini, ini merupakan kali ketiga saya bertugas dalam seminar ini & kali ke-dua di Tok Bali.
Sebelum ini pernah dibuat seminar seumpama ini di Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu. Masa saya agak terhad untuk online sejak menguruskan Pusat Jualan HPA Besut yang terletak di Kuala Besut. Bestnya out-station ni kebiasaannya tempat seminar ni ada Wi-Fi free, so dapatlah saya online sambil-sambil bertugas.
Insya-Allah, saya akan hadir menjadi peserta untuk Bengkel Wordpress yang akan diadakan di Jerteh, Besut Terengganu pada 1hb Ogos 2009 ini. Bagi yang berminat boleh mendaftar disini. Bagi yang berminat, saya akan berikan Diskaun/Rebet sebanyak RM40.00 untuk peserta yang mendaftar melalui saya. untuk mendapatkan diskaun anda daftar melalui link www.bengkel-wp.kasyidi.net & buat pembayaran hanya RM250 sahaja setelah diskaun RM40.00. Diskaun ini khas untuk peserta yang membuat tempahan melalui saya sahaja.
Sekian, jumpa lagi.






































