Search
Laman Sosial
    Muhamad Kamarkasyidi

    Create Your Badge

     

Mesennger

     

Penaja

     

     

     

     


PostDateIcon

 

PostDateIcon

 

PostDateIcon

Teknik Manipulasi Sistem Kewangan. Adakah Anda Ingin Menyimpan RM1000 Sebulan & Bebas Kewangan ?

Salam Sejahtera, Hari ini saya dapat satu artikel tentang teknik manipulasi sistem kewangan daripada sahabat saya, Saudara Mazlie. Ianya tentang teknik OD yang agak hangat diperkatakan sekarang.

Untuk mengetahui lanjut tentang teknik ini anda boleh dapatkan ebook yang sedang Panas sekarang ini dengan KLIK disini —-> PengurusanKewangan

Jualan ebook Teknik Manipulasi Kewangan ini akan ditamatkan selepas 31hb Mei 2009. Dapatkan Segera, Klik Banner diatas.

Sila Baca Artikel Dibawah untuk pemahaman lanjut tentang teknik ini :-

OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun
loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang
lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya.

Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman
yang di ’standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya
digunakan oleh pelanggan.

Ciri-ciri Over Draft (OD) :-

1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun
Semasa (Guna cek)

2. Selalunya memerlukan cagaran sama ada dalam bentuk
hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat
boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau
Amanah Saham Bumiputera (ASB).

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran
dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank
juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan
bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan
atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed
Deposit
sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama
nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan
baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda
akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda
letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000
kemudahan OD.

4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.

5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan
ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan
BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk
bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan
dalam bentuk :-

Nota :

Kadar faedah OD = BLR + 3
kalau BLR semasa ialah 12% maka
Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR
naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18%
(15% +3%)

Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama
ada:-

1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang
berbeza. Walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7%
setahun tapi pengiraannya berbeza.
Yang paling mahal ialah Flat rate.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Housing Loan – Sebagai
contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak
RM100,000 dan anda dah bayar RM40,000 dan baki pinjaman
tinggal RM60,000 maka bank akan bagi anda
OD sebanyak RM40,000 tertakluk kepada nilai pasaran rumah
anda itu.

Ini bergantung kepada bank sebab bukan semua bank
menawarkan pinjaman sebegini.

7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD
anda. Jika anda gunakan tanah anda untuk mendapat OD
sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda
jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda dah guna sepenuhnya
OD anda maka anda kena selesaikan perbezaannya.

Contoh:
1. Amount OD diluluskan – RM100,000
2. Nilai pasaran cagaran – RM90,000
3. Jumlah OD yang anda dah dan sedang guna – RM100,000
4. Jumlah kena bayar serta merta kepada bank – Jumlah OD
dah guna – Nilai cagaran = RM100,000 – RM90,000

Jika anda tak gunakan OD anda hingga maksima maka bank akan
turunkan amount OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan loan-loan lain
terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk
hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda
atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD
atau ASB anda maka permohonan adalah lebih
cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank
cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda tu tidak
mendatangkan apa-apa risiko kepada bank.

Untuk kemudahan OD yang dipakej bersama pinjaman perumahan
anda mungkin tak perlu apply kerana ianya diberi secara
pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang
anda gunakan sahaja. Jika tak digunakan tak ada feadah yang
dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan
Commitement Fee untuk jumlah OD yang tak digunakan. Ini
adalah kerana walaupun anda tak guna lansung OD tu tapi
bank telah pun ’standby’ kan jumlah OD anda itu dan
menunggu untuk anda gunakan.

11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah
kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad
Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda
mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek
RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000
yang tak cukup tu akan secara otomatik diambil dari
klemudahan OD anda itu.

Kemudahan OD amat berguna jika kita manfaatkanya tapi
jangan salah guna sebab sama seperti penggunaan kad kredit
ianya boleh membebankan jika terlebih atau tersalah guna.

Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika
anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee
untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai
duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit
atau lagi teruk pinjam dari Along.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

6 Responses to “Teknik Manipulasi Sistem Kewangan. Adakah Anda Ingin Menyimpan RM1000 Sebulan & Bebas Kewangan ?”

  • ownz says:

    salam..
    menarik teknik OD ni..
    tak berapa faham mcm mana nak buat od utk beli rumah.. & pendekkan tempoh bayaran..

  • hafisdn says:

    askm..

    mmg berkesan mekanisma OD tu..ramai kawan ofis buat dan berjaya buat simpanan. saya baru join tapi belom complete lagi . insyaallah jadi

  • mohd nazrulhisham says:

    Salam Tuan Karshidi,
    Bleh tuan listkan step2 utk apply Od dgn cagaran ASB
    tq.

  • Tobeng says:

    Salam. Izinkan sy comment tentang ciri2 OD di atas yg mn pendpt sy berbeza :-

    3. Jika FD 10K, biasanya OD pun 10K. Bank takkan bagi OD lebih drp nilai cagaran. Sbb OD adalah secured loan. Secure utk Bank.

    5. Interest OD ni dikira sbg ‘Daily-rest’. Bermaksud int OD akan dikira pd due date (biasanya hujung tahun) mengikut daily balance dari 1hb hingga 30hb. Tiada Bank yg beri OD dgn interest yg flat rate atau monthly rate.

    10. Commitment Fee hanya dikenakan pd akaun yg OD Limit nya lebih drp 250K. Comm Fee akan dicharge pd amaun yg tak digunakan. Pd OD Limit dibwh 250K, tiada Comm Fee dikenakan.

  • Tobeng says:

    Sorry pembetulan, pd #5. Yg betul ‘hujung bulan’ dan bukan ‘hujung tahun’

  • azha says:

    Satu masalah pd OD ialah faedahnya adh RIBA….

Leave a Reply

Iklaneka
Produk Terbaik

     

     

     

     

     

Live Traffic
Jom Borak Online