Salam Tahun Baru & Selamat Hari Lahir… Khusyairi
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ini merupakan pos saya yang pertama pada Tahun 2009 & 1430 Hijrah. Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah & Masihi pada sahabat-sahabat pengunjung Blog saya ini.
Saya agak sibuk sedikit kebelakangan ini sampai nak update Blog pon tak sempat. Alhamdulillah, lepas solat Maghrib tadi sempat saya membuka Laptop & melayari internet.
Tak lupa juga..saya ambik kesempatan ini untuk mengucapkan sekali lagi “Selamat Hari Lahir” yang pertama pada permata saya & isteri yang pertama…. Opps.. jangan salah faham, bukan bermaksud isteri pertama :p.. anak yang pertama kami iaitu Khusyairi atau nama sebenarnya Muhammad Khusyairi Kamarudin Bin Muhamad Kamarkasyidi.
Pejam,celik,pejam,celik..rupanya dah setahun usia Khusyairi. Pada 3hb Januari 2009 yang lepas, Khusyairi telah genap berusia satu Tahun. Kami sambut hari lahir Khusyairi dengan bersiar (dlm Hujan) sambil membeli barang keperluan di Tesco Kota Bharu & ke Maahad Darul Qur’an di Pasir Mas Kelantan. Pada malamnya baru kami sambut beramai-ramai bersama Datuk & Neneknya di Rumah kami di Besut.
errrmm.. saya rasa cukup sekadar ini sahaja dahulu coretan saya pada kali ini, InsyaAllah jika ada masa saya akan cuba update Blog ini setiap hari InsyaAllah. Wassalam.











































boikot israel laknatullah
Selamat Ulangtahun Khusyairi… semoga sihat selalu.. dan menjadi anak soleh pemangkin generasi bertakwa..