Kursus Intensif Tahfiz Al-Quran @ Quran Centre
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Agak lama saya tak menulis, kerana keadaan sekarang agak sibuk sedikit dengan kerja2 & tugasan-tugasan semester yang perlu diselesaikan.
Disini saya ingin membantu pihak Quran Centre, yang menganjurkan “Kursus Intensif Tahfiz Al-Quran” atau d\lebih dikenali sebagai Daurah Intensif Tahfiz Al-Quran. Program seumpama ini diadakan pada setiap tahun pada musim cuti sekolah. Selain daripada “Menghafaz Al-Quran” para peserta juga didedahkan dengan pengajian Fardhu Ain, Hafazan Hadith, Pengajian Kitab Muktabar, Motivasi Islam, Aktiviti-aktiviti lasak (Seperti Flying Fox) & lain-lain pengajian.
Para peserta kursus ini akan “Berkampung” selama 22 Hari (Hampir Sebulan) di Pusat Ko-kurikulum Daerah Besut (Bagi Peserta Lelaki) & di Pusat Kegiatan Guru Daerah Besut (Bagi Peserta Perempuan). Pengalaman mengendalikan kursus ini bersama Quran Centre pada tahun-tahun yang lepas, ada peserta yang dapat menghafaz Al-Quran sehingga 7 Juz’ & ada pula yang datangnya biasa-biasa, tetapi bila pulang dapat mengajar adik2nya Mengaji Al-Quran & lebih mengejutkan lagi apabila ibubapa peserta menjemput pada akhir program “Terkejut” tengok anak-anaknya dengan berjubah & berserban (Tetap pakai walaupun dalam kereta,menuju pulang kerumah)
Ringkasnya, Jika ada dikalangan pengunjung Blog saya yang berminat untuk menghantar anak-anak atau adik-adik serta sanak saudara menjadi peserta bagi “Kursus Intensif Tahfiz” pada tahun 2008 ini boleh lah mendaftar di :-
http://www.QuranCentre.com/tahfiz atau Hubungi 013-953 3968 (Ustaz Hj. A’robi) atau emailkan ke kursus@QuranCentre.com






































Salam.
Menarik.cuma agak jauh nun di Terengganu. Alangkah bagusnya jika kursus macam ni ada di Kuala Lumpur.
Assalamualikum Ustaz
Musim cuti ni ada lagi tak kursus baru.
Tarikh dah terlepas.
W’salam,
InsyaAllah bulan 12 ni ada satu lagi kem Motivasi Islam “Excellence Camp” yang dianjurkan oleh Quran Centre.
Setakat ni sambutan peserta terhadap Kem Intensif Tahfiz (Daurah Intensif Tahfiz Al-Quran 2008) amat menggalakkan. Dah nak masuk minggu ke 2 masih ada peserta yang masuk.
salam ustaz, nak tanya, ada lagi tak kem ni thun 2009 ni?? adakah program ini campur lelaki dan perempuan???
erm…tarikh’y ble ye??
klo msih smpat,mngkin sy bleh prgram ni.