Archive for October, 2008
Kursus Intensif Tahfiz Al-Quran @ Quran Centre
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Agak lama saya tak menulis, kerana keadaan sekarang agak sibuk sedikit dengan kerja2 & tugasan-tugasan semester yang perlu diselesaikan.
Disini saya ingin membantu pihak Quran Centre, yang menganjurkan “Kursus Intensif Tahfiz Al-Quran” atau d\lebih dikenali sebagai Daurah Intensif Tahfiz Al-Quran. Program seumpama ini diadakan pada setiap tahun pada musim cuti sekolah. Selain daripada “Menghafaz Al-Quran” para peserta juga didedahkan dengan pengajian Fardhu Ain, Hafazan Hadith, Pengajian Kitab Muktabar, Motivasi Islam, Aktiviti-aktiviti lasak (Seperti Flying Fox) & lain-lain pengajian.
Para peserta kursus ini akan “Berkampung” selama 22 Hari (Hampir Sebulan) di Pusat Ko-kurikulum Daerah Besut (Bagi Peserta Lelaki) & di Pusat Kegiatan Guru Daerah Besut (Bagi Peserta Perempuan). Pengalaman mengendalikan kursus ini bersama Quran Centre pada tahun-tahun yang lepas, ada peserta yang dapat menghafaz Al-Quran sehingga 7 Juz’ & ada pula yang datangnya biasa-biasa, tetapi bila pulang dapat mengajar adik2nya Mengaji Al-Quran & lebih mengejutkan lagi apabila ibubapa peserta menjemput pada akhir program “Terkejut” tengok anak-anaknya dengan berjubah & berserban (Tetap pakai walaupun dalam kereta,menuju pulang kerumah)
Ringkasnya, Jika ada dikalangan pengunjung Blog saya yang berminat untuk menghantar anak-anak atau adik-adik serta sanak saudara menjadi peserta bagi “Kursus Intensif Tahfiz” pada tahun 2008 ini boleh lah mendaftar di :-
http://www.QuranCentre.com/tahfiz atau Hubungi 013-953 3968 (Ustaz Hj. A’robi) atau emailkan ke kursus@QuranCentre.com
Ebook Percuma Dari Pakar Lelong Malaysia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Agak lama saya tidak menulis di Blog ini, kebetulan bermula bulan puasa sehingga sekarang saya agak sibuk sedikit dengan tugas-tugas harian. Tambahan pula dengan bermulanya semester ke 3 saya bagi tahun ini di Open University Malaysia (OUM), Subjek-subjek pada semester ini agak “keras” jugak. hehehe :p
Ok, pada kali ini saya ingin berikan 8 Buah ebook Keluaran Saya Pakar Lelong Malaysia iaitu Saudara Eruwan Gerry Norsen (www.RajaLelong.com). Tetapi tawaran ini adalah terhad sahaja, anda boleh mendapatkannya sehingga 12 Hari lagi dari sekarang.














