Archive for August, 2008
“Unggun” Karya Ibu Tersiar Di Akhbar.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saya baru pulang bercuti dari Pulau Redang kelmarin. InsyaAllah, tulisan saya selepas ini akan cerita sedikit sebanyak tentang percutian di Pulau Redang yang sejak tahun 2005 lagi kami sekeluarga berkunjung kesana setiap tahun.
Pada kali ini, Saya nak lampirkan bersama tulisan (cerpen) bonda saya yang tersiar di akhbar Mingguan Malaysia minggu lepas. Sepatutnya minggu lepas lagi saya tuliskan tetapi disebabkan program di Pondok Bukit Puteri, tak sempat saya nak tulis disini.
Dibawah ini saya copy & pastekan cerpen yang ditulis oleh ibu saya. Harap dapat para sahabat pelawat membacanya, Kredit kepada Mingguan Malaysia@Utusan Bonda saya, Hjh. W. Kursiah Awang ( http://www.WanKursiah.com ).
UNGGUN
API itu masih membara. Membakar seluruh jiwa dan raga. Setiap tegur dan sapa teman di sepanjang laluan ibarat siraman minyak ke atas unggun. Lidah api akan menyelar sesiapa sahaja. Meskipun yang bertanya tiada sekelumit niat untuk membakar rasa yang kian terbakar.
“Awak sepatutnya bersyukur kerana masih berada di sini. Kedudukan awak sudah cukup baik berbanding dengan yang lain-lain, “Kata ketua yang baru sekejap melaporkan diri.
“Tapi, awak mencantas peluang saya untuk duduk di kerusi yang sedang awak duduki itu. Awak main kotor. Awak masuk ikut pintu belakang. Sedangkan perbincangan masih berlangsung di meja hadapan.”
“Saya datang dengan surat kuasa. Rezeki menyebelahi saya. Jawatan ini sah diperuntukkan kepada saya. Meskipun nama awak yang diuar-uarkan untuk menduduki kerusi ini, tetapi nama saya yang tertulis di sini, bukannya nama awak,” kata sang ketua itu lagi.
“Awak oportunis. Pada saat mantan ketua kita memerlukan sokongan, awak berada di mana? Awak lari ke tempat lain. Awak tidak bersedia untuk jatuh bangun bersama ketua kita. Awak lari ke daerah lain. Awak pergi untuk mencari pengaruh untuk diri sendiri. Awak pergi untuk memperkasakan diri awak sahaja. Sengaja awak mencari dahan yang lebih kukuh untuk bergayut. Sengaja awak tinggalkan kami berhempas pulas untuk terus hidup dan bernafas kembali.”
Keletihan & motivasi
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, saya dapat menulis sekali lagi di blog ni. Agak lama saya tak menulis & updated blog ni disebabkan urusan yang agak sibuk. Kebetulan mata masih tak mengantuk pada masa ini (Jam hampir 3.00 Pagi).
Saya baru selesai membantu mengendalikan Kem Motivasi Islam atau dikenali sebagai “Excellence Camp” anjuran Quran Centre di Markaz Tarbiyah Pondok Bukit Puteri di Besut Terengganu 2 hari lepas. Pada asalnya, kem ini patut berjalan pada 17HB-20HB Ogos, tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, kami terpaksa batalkan & digantikan tempat ke Pondok Bukit Puteri. Alhamdulillah, sambutan oleh masyarakat setempat amat menggalakkan. Penyertaan diluar jangkaan, kami jangkakan hanya maksimum 100 peserta, tetapi penyertaan yang datang sebanyak 176 orang peserta.
Alhamdulillah, walaupun masih lagi terasa keletihannya tetapi saya amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kami di Quran Centre.
Tadi saya melihat iklan Petronas 2008, wah..tersentuh hati saya melihat pengorbanan bapa terhadap seorang anaknya. Saya tidak mahu mengulas panjang, cubalah sahabat2 lihat video yg saya letakkan diatas. Semakin berkobar2 & bermotivasi saya melihatnya.
Saya rasa setakt itu sahaja dahulu, kerana pagi esok kami sekeluarga akan bercuti ke Pulau Redang selama 3 Hari 2 Malam. Sekian, semoga Allah merahmati kita semua.














