Search
Laman Sosial
    Muhamad Kamarkasyidi

    Create Your Badge

     

Mesennger

     

Penaja

     

     

     

     


PostDateIcon

 

PostDateIcon

Kem Motivasi Kebajikan

02-05-08_18151.jpg02-05-08_1813.jpgKem To’Bali 2Kem To’Bali 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Dengan limpah rahmat dari Allah SWT dapat lah saya menulis di blog saya pada hari ini. Walaupun masih terasa penat, letih & rindu pada adik-adik peserta “Kem Solat & Motivasi Kecemerlangan Diri” yang berakhir petang kelmarin.

Kem Solat & Motivasi Kecemerlangan Diri ini disertai oleh 30 Pelajar dari Sekolah Menengah Ugama (SMU) Al-Hidayah Al-Islamiah, Kg. Chap, Jelawat, Bachok Kelantan. Kem ini berjalan lancar selama 3 Hari 2 Malam (1 Mei – 3 Mei 2008) bertempat di D’Muara Chalet, Pantai Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan & juga merupakan program kebajikan yang di biayai sepenuhnya oleh beberapa orang usahawan & syarikat. Bagi Penginapan, semua perbelanjaan di biayai penuh oleh D’Muara Chalet Tok Bali. Bagi Makan Minum & Alatan Dibiayai penuh oleh Encik Mohd Fadhlan B. Ghazali (Lan Elektrik Pasir Puteh), Encik Al-Imran B. Zainuddin. Bagi kerja kem pula dibiayai sepenuhnya oleh Kecemerlangan Insan Consultant (KIC). Peserta Kem ini amat beruntung, kerana pada malam pertama kem ini berjalan, Para peserta mendapat kunjungan hormat & makan malam bersama YAM Tengku Amir Ibni YAM Raja Aman Syah (Kerabat Diraja Kelantan/Anak Saudara DYMM As-Sultan Kelantan).

Kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh Kecemerlangan Insan Consultant (KIC). KIC merupakan sebuah syarikat Konsultan yang menawarkan perkhidmatan kaunseling & motivasi, program keagamaan,kursus dan seminar (Terutamanya bagi pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah & menengah). KIC asalnya di asaskan oleh 4 pemuda yang berasa bertanggung jawab bagi mendidik anak-anak muda khasnya remaja pada tahun 2006. Sekarang terdapat 7 Orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) termasuk saya. Alhamdulillah, ini program pertama bagi tahun ini yang dibiayai sepenuhnya oleh KIC tanpa sebarang kos. Kebiasaannya perkhidmatan KIC di bayar untuk program seumpama ini dalam lingkungan RM3000 hingga RM4500. KIC juga pernah menganjurkan program kebajikan seumpama ini pada tahun lepas di SM Agama Maarif, Besut Terengganu selama satu hari.

Nampaknya dah panjang saya tulis untuk hari ini, oklah. jumpa lagi di lain masa. Wallahualam :)

P/S: Pada masa kem ni lah, saya ambil kesempatan makan angin bersama isteri & anak saya. Sambil2 berkerja & beramal untuk Agama, Bangsa & Negara. InsyaAllah. :)

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

4 Responses to “Kem Motivasi Kebajikan”

Leave a Reply

Iklaneka
Produk Terbaik

     

     

     

     

     

Live Traffic
Jom Borak Online