Archive for May 4th, 2008
Kem Motivasi Kebajikan




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, Dengan limpah rahmat dari Allah SWT dapat lah saya menulis di blog saya pada hari ini. Walaupun masih terasa penat, letih & rindu pada adik-adik peserta “Kem Solat & Motivasi Kecemerlangan Diri” yang berakhir petang kelmarin.
Kem Solat & Motivasi Kecemerlangan Diri ini disertai oleh 30 Pelajar dari Sekolah Menengah Ugama (SMU) Al-Hidayah Al-Islamiah, Kg. Chap, Jelawat, Bachok Kelantan. Kem ini berjalan lancar selama 3 Hari 2 Malam (1 Mei – 3 Mei 2008) bertempat di D’Muara Chalet, Pantai Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan & juga merupakan program kebajikan yang di biayai sepenuhnya oleh beberapa orang usahawan & syarikat. Bagi Penginapan, semua perbelanjaan di biayai penuh oleh D’Muara Chalet Tok Bali. Bagi Makan Minum & Alatan Dibiayai penuh oleh Encik Mohd Fadhlan B. Ghazali (Lan Elektrik Pasir Puteh), Encik Al-Imran B. Zainuddin. Bagi kerja kem pula dibiayai sepenuhnya oleh Kecemerlangan Insan Consultant (KIC). Peserta Kem ini amat beruntung, kerana pada malam pertama kem ini berjalan, Para peserta mendapat kunjungan hormat & makan malam bersama YAM Tengku Amir Ibni YAM Raja Aman Syah (Kerabat Diraja Kelantan/Anak Saudara DYMM As-Sultan Kelantan).













