Archive for May, 2008
Perjumpaan Offline Dengan Sifu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, berbanyak syukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah & kurnianya, dapat lagi saya menulis sekali lagi dalam blog saya setelah beberapa hari saya dalam keadaan “offline”.
Saya “offline” kerana atas urusan kerja & sempat saya pergi mengadap sifu Syed Ikhwan & Sifu Yusry di Mid Valley, Kuala Lumpur untuk berbincang & bertanya pendapat tentang beberapa rancangan perniagaan online saya.
Alhamdulillah, Sifu Syed & Sifu Yusry sanggup meluangkan masa unutk berbincang dengan saya walaupun dalam keadaan masa yan amat terhad & sentiasa “Busy” dengan bisnes nya.
Memang berbaloi & tak sia-sia saya menjadi peserta “JomSeminar”.
Disini saya lampirkan sekeping gambar yang sempat sy ambil sebagai kenang-kenangan.
Wassalam.
JomSeminar Memang Best….

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, akhirnya saya selamat sampai dirumah pada jam 4.50 pagi tadi dari KL.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, saya amat berpuas hati dengan Seminar “JomSeminar.com”. Pada 10hb lepas, saya banyak mendapat input baru di “JomSeminar” dengan bayaran yang boleh saya kategorikan “Sangat Murah!!” jika dibandingkan dengan ilmu yang saya dapat dari 5 Orang sifu Bisnes Internet (Syed Ikhwan,Yusry, Fuad Latip, Alang & Gobala Krishnan), Thanks A Lot Sifu..!!
(Gambar diatas, saya berdiri disebelah Mr.Gobala Krishnan & Gambar ke 2, saya disebelah Sheikh Abooain, Sham & Shuth)
Tak cukup dengan Seminar selama satu hari tu, kami (para peserta) dapat pulak bantuan & teruskan pengajian tentang bisnes internet ini melalui “Private” Forum yang disediakan oleh pihak JomSeminar selain daripada bantuan melalui email & telefon oleh para sifu “JomSeminar”.
Kem Motivasi Kebajikan




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, Dengan limpah rahmat dari Allah SWT dapat lah saya menulis di blog saya pada hari ini. Walaupun masih terasa penat, letih & rindu pada adik-adik peserta “Kem Solat & Motivasi Kecemerlangan Diri” yang berakhir petang kelmarin.
Kem Solat & Motivasi Kecemerlangan Diri ini disertai oleh 30 Pelajar dari Sekolah Menengah Ugama (SMU) Al-Hidayah Al-Islamiah, Kg. Chap, Jelawat, Bachok Kelantan. Kem ini berjalan lancar selama 3 Hari 2 Malam (1 Mei – 3 Mei 2008) bertempat di D’Muara Chalet, Pantai Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan & juga merupakan program kebajikan yang di biayai sepenuhnya oleh beberapa orang usahawan & syarikat. Bagi Penginapan, semua perbelanjaan di biayai penuh oleh D’Muara Chalet Tok Bali. Bagi Makan Minum & Alatan Dibiayai penuh oleh Encik Mohd Fadhlan B. Ghazali (Lan Elektrik Pasir Puteh), Encik Al-Imran B. Zainuddin. Bagi kerja kem pula dibiayai sepenuhnya oleh Kecemerlangan Insan Consultant (KIC). Peserta Kem ini amat beruntung, kerana pada malam pertama kem ini berjalan, Para peserta mendapat kunjungan hormat & makan malam bersama YAM Tengku Amir Ibni YAM Raja Aman Syah (Kerabat Diraja Kelantan/Anak Saudara DYMM As-Sultan Kelantan).














